saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 04/05/2002

Chirac catat rekod demokrasi jika menang pilihan raya Presiden

PARIS 3 Mei - Presiden Perancis, Jacques Chirac akan mencatatkan satu rekod demokrasi jika beliau memenangi pilihan raya Presiden Ahad ini dengan mendapat hampir 80 peratus undi.

Demonstrasi besar-besaran di seluruh Perancis kelmarin untuk memprotes pencabar Chirac, calon pelampau berhaluan kanan, Jean-Marie Le Pen, menggambarkan dengan jelas bahawa Presiden konservatif itu akan mencapai kemenangan besar.

Tinjauan pendapat umum juga mendapati Le Pen hanya akan mampu meraih 18 hingga 23 peratus undi.

Belum ada rekod kemenangan dengan undi sehingga 80 peratus dicatatkan di mana-mana negara demokrasi utama sekalipun presiden di bekas republik Kesatuan Soviet dan negara satu parti lainnya di seluruh dunia membangun boleh bermegah dengan memenangi 90 peratus daripada undi.

Pencapaian terdekat ditunjukkan oleh Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, yang dipilih semula tahun lepas dengan undi pusingan pertama sebanyak 75.6 peratus walaupun keputusan dipertikaikan.

Perancis memilih Presiden melalui pengundian umum sejak 1965 dan pertandingan pusingan kedua selalunya sengit dengan kelebihan undi yang tipis.

Keputusan terbaik dicapai oleh Georges Pompidou yang memenangi 58.21 peratus undi untuk menewaskan pencabarnya Alain Poher dalam pilihan raya 1968.

Kemenangan Chirac sendiri ke atas calon Sosialis, Lionel Jospin dalam pilihan raya 1995 juga merupakan persaingan sengit dengan 52.69 peratus undi untuk Chirac dan 47.31 undi diraih oleh Jospin.

Di Amerika Syarikat (AS), sistem pilihan raya Presiden jarang-jarang menghasilkan pemenang yang mendapat majoriti besar, apatah lagi dengan Presiden sekarang, George W. Bush yang menewaskan lawannya, Al Gore dengan kelebihan undi tipis sekali. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.