saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/05/2002

Nowseeheart kembali selepas tiga tahun

KONSEP dakwah dari kaca mata kumpulan nasyid kontemporari Nowseeheart tidak seharusnya dibatasi oleh faktor usia, kaedah penyampaian mahupun kelas masyarakat.

Sebaliknya, kumpulan nasyid yang dianggotai oleh enam anak muda itu berpendapat, mesej dakwah dapat disampaikan dalam bentuk yang lebih mudah khususnya menerusi lirik lagu.

Nowseeheart dianggotai oleh Huzaimie Zaini, Mujahid Abdul Wahab, Sariman Abdul Manap, Idzhar Jumali, Azahari Abdul Rahman dan Ahmad Firdaus Baharudin. Menurut mereka, dakwah tidak semestinya terikat dengan pemahaman idealistik semata-mata.

``Konsep pemahaman realistik sebenarnya turut berperanan dalam usaha mengetengahkan mesej dakwah kepada para pendengar,'' kata Huzaimie ketika ditemui selepas majlis pelancaran album terbaru mereka Berjalan, Melihat & Mentafsir di pusat membeli-belah Carrefour, Mid Valley Megamall di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, dalam arus perkembangan semasa, masyarakat yang mendengar lagu - tidak kira apa konsep lagu sekalipun - lebih dahagakan mesej lagu.

Mereka mahu memahami mesej itu dengan cara mudah.

Dalam konteks ini, kumpulan Nowseeheart memberitahu, kumpulan itu terpaksa berdakwah dengan cara realistik.

``Kami inginkan sesuatu yang segar disampaikan dalam lagu-lagu nasyid kontemporari. Kami percaya pendekatan ini akan mewujudkan suasana baru dalam industri muzik tanah air,'' kata Mujahid pula.

Nowseeheart kini muncul dengan album kedua selepas menyepi selama hampir tiga tahun.

Kehilangan mereka daripada arus industri muzik dalam tempoh tersebut adalah kerana anggota-anggota kumpulan itu terikat dengan pengajian mereka di universiti.

Pada awal kemunculan mereka, kumpulan Nowseeheart mempertaruhkan album Wahyu Pertama yang mendapat sambutan baik.

Kejayaan album itu menyebabkan mereka dinobatkan sebagai Artis Baru Berkumpulan Terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik 1999.

Album terbaru mereka sekarang Berjalan, Melihat & Mentafsir, menurut Nowseeheart, diharapkan dapat meneruskan kesinambungan kumpulan itu dalam berdakwah.

Album itu diterbitkan sendiri oleh ketua kumpulan Nowseeheart, Mujahid dan memuatkan sepuluh buah lagu terbaik ciptaan kumpulan itu.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Kekasih, Ku Harap Cinta, Hijrah, Selawat Atas Mu dan Seorang Gadis.

Album Nowseeheart turut mendapat sentuhan pemuzik berkaliber seperti Fauzi Marzuki, Ujang (Exists), Shah (Slam) dan Nasser Abu Kasim.

Perubahan paling ketara dalam kemunculan terbaru kumpulan itu ialah mereka menampilkan imej yang lebih ranggi dengan gaya remaja yang nampak segar.

Kata Mujahid, sebab utama perubahan imej itu ialah kerana Nowseeheart mahu mewujudkan konsep mesra peminat.

``Matlamat kami ialah untuk mewujudkan satu suasana baru dalam ruang lagu-lagu nasyid di Malaysia dan imej merupakan antara pendekatan terbaik untuk kami menawan hati para pendengar khususnya golongan remaja,'' katanya. - DEAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.