saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/05/2002

Harga album tidak akan diturunkan

DARREN Choy (kanan), Rudy Ramawi dan Rosmin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.


Syarikat rakaman antarabangsa dan tempatan sebulat suara untuk tidak menurunkan harga album dalam usaha menangani masalah cetak rompak.

Mereka berpendapat harga yang dikatakan mahal dan isu cetak rompak adalah dua isu yang berlainan.

Pendirian syarikat-syarikat rakaman tersebut diumumkan dalam sidang akhbar khas oleh pengarah urusan syarikat rakaman berkenaan sebagai menjawab gesaan kerajaan supaya harga album diturunkan.

Pengarah Urusan Nova Music, Rosmin Hashim berkata, adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk membandingkan harga barangan asli dengan tiruan.

``Tidak ada mana-mana barang di dunia yang menjual barang tiruan lebih mahal daripada yang asli,'' katanya.

Pengarah-pengarah urusan syarikat EMI, Warner Music, BMG, Life Records, Suria Records, PonyCanyon dan beberapa lagi turut hadir pada sidang akhbar itu.

Syarikat rakaman itu sepakat mengatakan masalah cetak rompak tidak dapat diatasi hanya dengan menurunkan harga.

Rosmin berkata, lambakan album cetak rompak bukanlah satu alasan untuk mengarahkan syarikat rakaman album yang sah menurunkan harga.

``Berbeza dengan masalah lambakan ayam apabila kerajaan berbincang dengan pengeluar sebelum membuat keputusan, malangnya apabila berlaku pada album cetak rompak, kami yang diarah menurunkan harga,'' kata Rosmin.

Pengarah Urusan Warner Music, Rudy Ramawi pula berkata, Malaysia mempunyai akta berkaitan hak cipta yang terbaik di dunia malangnya penguasaannya masih lemah.

Daripada 452 kes perlanggaran hak cipta karya rakaman bunyi sejak tahun 1997 hingga 2002, tiada kes yang berjaya didenda di bawah Akta Hak Cipta 1987.

``Perniagaan di premis terbuka masih berleluasa walaupun arahan pengharaman telah dibuat di kabinet, ini seolah-olah mereka memperlekehkan arahan kerajaan,'' kata Rudy lagi.

Dia berpendapat masalah cetak rompak boleh diatasi dengan menjadikan Singapura dan Hong Kong sebagai contoh.

``Pada satu masa kedua-dua negara itu mempunyai kadar cetak rompak yang tinggi tetapi berjaya dikurangkan ke kadar yang cukup rendah kerana kerajaan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi harta intelek,'' kata Rudy lagi.

Apa yang diperlukan ialah kemahuan politik yang tinggi daripada kerajaan untuk membasmi jenayah perdagangan itu secara telus dan serius, jelasnya lagi.

Pengarah Urusan EMI, Darren Choy pula mengatakan harga album dijual dengan mengambil kira pelbagai kos yang dikeluarkan.

Dia juga menafikan bahawa pihak Persatuan Rakaman Malaysia (RIM) menetapkan satu kadar harga untuk semua album yang dipasarkan.

Darren juga mengatakan sepanjang tahun lalu syarikat rakaman tempatan telah mengeluarkan sebanyak 1,077 buah album tetapi hanya 32 album termasuk kompilasi yang mencatatkan keuntungan.

Darren memberitahu, pada tahun 1996 syarikat-syarikat rakaman memperoleh RM80 juta berbanding pendapatan tahun lalu sebanyak RM17 juta.

Apabila ditanya mengenai kualiti sesebuah album membuatkan pembeli menolaknya, Darren menjelaskan mereka telah memberi yang terbaik.

Malah album-album yang dikatakan terbaik seperti album Dayang Nurfaizah hanya terjual sekitar melebihi 20,000 unit sahaja, jelasnya.

Sepanjang tahun lalu album Siti Nurhaliza (Safa) mencacat jualan tertinggi sebanyak 80,877 unit diikuti album S.M. Salim sebanyak 48,944 unit. Album Too Phat dan Rabbani pula masing-masing terjual sebanyak 39,485 dan 34,945.

Pengarah Urusan Life Records, Ng Chong Hock pula berkata dalam keadaan syarikat rakaman yang teruk sekarang, dia terlalu bimbangkan nasib artis.

``Apa akan jadi kepada bakat-bakat terbaik yang kita ada sekiranya tidak ada album dikeluarkan,'' katanya.

Ng juga menolak tanggapan mengatakan syarikat rakaman menguat banyak keuntungan daripada album yang dikeluarkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.