saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 11/05/2002

Getah daripada lemak sawit

Oleh LAUPA JUNUS
(Wartawan Utusan)
PRODUK perkilangan berasaskan getah kini dijangka mengalami sedikit inovasi berikutan kejayaan saintis tempatan mencipta sejenis bahan yang dipanggil `POFA' atau Aditif getah baru pelbagai fungsi berasaskan asid lemak minyak kelapa sawit.

Kejayaan pensyarah kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Hanafi Ismail merupakan hasil penyelidikannya ke atas asid lemak kelapa sawit daripada jenis asid laurik.

Dr. Hanafi berkata, beliau tergerak hati untuk menghasilkan POFA setelah mendapati asid lemak kelapa sawit yang menjadi bahan buangan di kilang boleh menjadi bahan berguna dalam membantu penghasilan mana-mana produk berasaskan getah termasuk sarung tangan, getah paip dan tapak kasut.

Katanya, bahan ini akan mengurangkan 30 peratus bahan yang digunakan bagi menghasilkan mana-mana produk tersebut memandangkan ia menghimpunkan beberapa bahan asas sekali gus dalam proses pembuatan produk getah.

Bahan tersebut kata beliau boleh bertindak secara `empat dalam satu' sekali gus iaitu sebagai pencepat, pembantu pemprosesan, agen sambung-silang dan agen pengkupel.

``Kos penghasilan produk berasaskan getah ini murah iaitu RM10 bagi setiap satu kilogram berbanding bahan import yang mencapai sehingga RM600 setiap satu kilogram,'' katanya.

Justeru katanya, produk berasaskan getah yang dihasilkan ini bukan sahaja lebih murah dan lebih mudah diproses, tetapi kos pengeluarannya lebih murah.

Menurut beliau, formula biasa dalam penghasilan getah bagi setiap bahagian mengikut berat ialah getah mentah sebanyak 100, pengisi (50), pembantu pemprosesan (lima), antioksidan (satu), asid stearik (tiga), Zink oksida (lima), pencepat (satu) dan sulfur (dua).

Bagaimanapun dengan POFA, ia menggabung empat bahan secara sekali gus.

Katanya, projek tersebut dimulakan pada 1995 menerusi pembiayaan Penumpuan Penyelidikan di Bidang-bidang Keutamaan (IRPA) Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar dengan geran sebanyak RM200,000.

Dr. Hanafi berasa bangga kerana dapat menggunakan bahan buangan kelapa sawit yang sebelum ini dianggap tidak berguna.

Katanya, beliau memperoleh asid lemak tersebut dari kilang dengan harga RM2.50 sekilogram.

Asid lemak tersebut kata beliau, ditindak balaskan dengan sejenis bahan kimia pada suhu bilik.

``Saya memilih asid laurik kerana ia asid yang mempunyai ikatan tunggal yang mampu menahan agen perosotan seperti haba, ozon dan oksigen manakala asid lemak lain mempunyai ikatan dubel yang tidak tahan kepada agen tersebut,'' katanya.

POFA katanya, digunakan pada kadar yang sedikit dalam setiap bahan membuat produk iaitu dua gram bagi setiap 100 gram bahan untuk menghasilkan produk getah.

Beliau berkata, pada masa ini POFA sedang diuji oleh sebuah syarikat membuat kasut dan masih menunggu hasil laporan penggunaan bahan tersebut.

Pada masa yang sama beliau sedang menghasilkan satu proses yang dipanggil `DeCrossPro' iaitu proses terbaru mengitar semula bahan buangan sisa getah.

Proses ini menggunakan kombinasi dua kaedah iaitu mekanik dan kimia dengan menggunakan sejenis bahan kimia yang dipanggil `DeCrossChem'.

Menurut Dr. Hanafi, sisa buangan ini dihancurkan mengikut kaedah biasa menggunakan alat sedia ada di kilang-kilang.

Bahan yang telah dihancurkan ini ditindak balaskan dengan bahan kimia tersebut bagi melemahkan struktur getah dan menjadikan getah tersebut lembut.

Bahan yang terhasil daripada tindak balas ini boleh digunakan semula untuk menghasilkan produk berasaskan getah yang baru dengan mencampurkan 50 peratus bahan tersebut dengan 50 peratus lagi bahan getah baru.

``Di Barat proses kitar semula ini memerlukan pembakaran dalam relau melalui proses pirolisis pada suhu dan tekanan tinggi,'' katanya.

Industri di Barat juga katanya, menggunakan proses kirogenik iaitu bahan serbuk sisa buangan disejuk bekukan di bawah paras beku.

Dengan itu katanya, bahan buangan getah seperti tayar tidak lagi semata-mata dibuang ke dalam laut sebagai tukun atau terpaksa dibakar yang menyebabkan pencemaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.