saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/05/2002

Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC meninggal

KUALA LUMPUR 11 Mei - Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC Holdings (M) Bhd. Datuk Abdullah Omar, 56, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC) di sini hari ini kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Muar meninggal dunia pukul 11.25 pagi ini. Beliau dimasukkan ke PMC Khamis lalu.

Jenazah Allahyarham dibawa ke kediaman rasmi lama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Jalan Bellamy di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, selepas solat asar.

Abdullah yang merupakan besan Allahyarham, tiba di PMC pukul 1.30 tengah hari.

Menurut seorang saudara terdekat, Khairy Jamaluddin, Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Azrene, Azwar, Ahmad Nizam dan Pial berusia antara 17 hingga 30 tahun.

Antara yang turut melawat jenazah Allahyarham di PMC ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Aseh Che Mat dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff.

Allahyarham dilahirkan di Muar, Johor pada 24 November 1945 dan berkelulusan MBA dari Asian Institut of Management, Manila dan graduan Institut Teknologi Mara (ITM).

Beliau menceburi dunia perniagaan sejak 35 tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.