saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/05/2002

Taufik tidak mahu harapkan apa-apa


TAUFIK gambar terbaru.


Eksklusif daripada Zulkefli Hamzah di Jakarta
``SEMUA orang akan mati, cuma bila dan di mana kita tidak tahu,'' itulah reaksi Taufik Abdul Halim ketika diinterviu di Penjara Salemba, Jakarta Khamis lalu.

Dia ditanya apakah perasaannya nanti jika rayuannya gagal dan hakim di Indonesia tetap dengan keputusan hukuman mati seperti yang diputuskan oleh Majlis Hakim Mahkamah Jakarta Pusat baru-baru ini.

Dalam loghat Indonesia yang pekat dia menjelaskan: ``Sekarang bagaimana ya. Allah sudah takdirkan saya begini.''

``Saya kena menerima seadanya. Saya tidak boleh berburuk sangka dengan Allah.''

Taufik kini merengkok di penjara itu sementara menunggu rayuan hukumannya.

Dia nampak tenang di sebalik wajah yang semakin cengkung. Bagi pemuda yang berasal dari Kluang, Johor itu, kehilangan kaki sebelah kanan dan hukuman mati tersebut sudah suratan takdir.

Kini dia sudah terbiasa hidup tanpa kaki walaupun dia mengakui dirinya sekarang tidak seperti dulu lagi.

Taufik cedera parah hingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong selepas bom yang dibawanya meletup di pusat membeli-belah Plaza Atrium, Jakarta pada 1 Ogos 2001.

Polis Indonesia mengesahkan dia ialah anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Islam di Indonesia.

Hidup Taufik kini sendirian setelah hampir sembilan bulan ditangkap.

Tidak seperti kebanyakan tahanan lain di penjara di Jakarta itu, tiada siapa yang menjenguknya untuk bertanya khabar atau membawa buah tangan.

Yang datang cuma para wartawan dan peguamnya.

Keluarganya di Malaysia pun seolah-olah mahu menjauhkan diri. Taufik hanya berhubung dengan mereka melalui surat, itu pun jarang-jarang sekali.

Menurut sumber, peguamnya juga sukar untuk menghubungi ahli keluarganya kerana mereka sudah berpindah rumah.

``Saya utus surat sahaja. Mereka tidak pernah datang. Saya tidak harapkan mereka datang takut nanti saya akan bertambah sedih.

``Lagipun tidak ada apa yang mereka boleh buat,'' katanya yang mengakui rindu kepada keluarganya.

Menurut sumber berkenaan, e-mel yang dihantar oleh pasukan peguamnya kepada salah seorang adik Taufik yang dikatakan sedang menuntut di sebuah universiti di Malaysia pun tidak berbalas.

Malah rakan-rakan seperjuangan Taufik di Ambon dulu tidak kelihatan.

``Ya, orang yang berfikiran normal tentunya akan menjenguk rakannya yang sedang menghadapi masalah,'' katanya semasa ditanya apa perasaannya dipinggirkan oleh rakan-rakan.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu bagaimanapun keberatan untuk menceritakan kisah lalu terutama tentang konsep jihad yang menjadi pegangan hidupnya.

Bagi Taufik, apa yang diperjuangkannya selama ini adalah untuk saudara sesama Islam dan dia begitu tersentuh dengan apa yang berlaku di Ambon.

``Semua yang berlaku itu sudah menjadi kenangan,'' jelasnya.

Mengenai label teroris yang dikenakan terhadap dirinya, Taufik segera membantah. Dia mendakwa bergerak secara individu dan tiada kaitan dengan pertubuhan lain, satu kenyataan yang jelas cuba menyembunyikan sesuatu.

Taufik juga seakan-akan putus harapan dengan bantuan dari Malaysia. ``Saya tidak mahu mengharapkan apa-apa, kalau mengharap nanti sia-sia sahaja. Begitu fikiran saya.'' - MINGGUAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.