saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/05/2002

Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II

FILEM Gerak Khas The Movie II kini kembali dengan lebih aksi tetapi masih mengekalkan formula asal pengarah dan penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam.

Elemen cinta, pertarungan dan komedi tetap menjadi taruhan daripada pengarah tersebut dalam filem yang mula ditayangkan di pawagam sejak 23 Mei lalu.

Pengarah jutawan itu cuba menampilkan lebih banyak aksi untuk misi terbaru Unit Gerak Khas di layar perak kali ini.

Pasangan pelakon paling popular, AC Mizal dan Abby Abadi masih mengetuai aksi Gerak Khas The Movie II di samping kehadiran banyak artis hebat dan glamor - satu trademark yang tidak pernah dilupakan oleh Yusof.

Gerak Khas The Movie II turut menampilkan pelakon terkenal seperti Jalaluddin Hassan, Ida Nerina, Faizal Hussein dan Azri Iskandar.

Penyanyi popular seperti Juliana Banos, Fazley dan Yusri KRU turut menceriakan filem itu di samping Lan Pet Pet dan Afdlin Shauki.

Yusof juga tidak mengetepikan watak asal siri TV Gerak Khas lain yang didukung oleh Zulkifli Ismail, A Galak, Farid Amirul dan Deen Maidin serta dirinya sendiri.

Dalam sequel terbaru itu, Inspektor Mazlan (AC Mizal) dan Inspektor Aleeza (Abby) menerima tugasan baru iaitu memburu satu sindiket dadah terbesar yang diketuai oleh Raziman (Jalaluddin).

Untuk membantu misi tersebut, Unit Gerak Khas menerima kehadiran Inspektor Zamri (Azri) dan Inspektor Julia (Juliana Banos).

Setelah siasatan demi siasatan dijalankan, pihak polis mendapati seorang wanita misteri bernama Karina (Ida Nerina) terbabit dalam kes tersebut.

Pihak polis juga menempuh pelbagai halangan untuk menumpaskan sindiket itu terutama apabila puak militan dipercayai turut terbabit dengan geng pengedar dadah itu.

Yusof masih menampilkan formula yang sama untuk menghangatkan filem tersebut.

Cinta, aksi dan komedi masih menjadi intipati utama Gerak Khas The Movie II. Formula itu ternyata berkesan untuk mengumpan khalayak filem.

Apa yang pasti untuk filem ini, Yusof mengharap satu kejayaan yang lebih besar.

Filem itu menelan belanja lebih RM1.7 juta iaitu satu jumlah yang besar untuk filem Melayu.

Sememangnya Gerak Khas The Movie II menampilkan banyak babak menarik termasuk letupan, pertarungan, kejar-mengejar dan tembak-menembak.

Salah satu yang mengesankan ialah adegan letupan kereta ketika aksi kejar-mengejar antara Karina dan krew TVKL.

Elemen cinta tidak pernah dilupakan oleh Yusof. Dalam episod kali ini Yusof melahirkan ketegangan antara Mazlan dan Aleeza dengan kehadiran Zamri.

Yusof juga mencipta romantisme dalam Gerak Khas The Movie II dengan percintaan antara Julia dan Syamil (Yusry KRU).

Bagi meriuhkan suasana, Yusof melahirkan watak Salleh (Lan Pet Pet) iaitu pemberi maklumat untuk Inspektor Mazlan dan Wahid (Afdlin Shauki), jurugambar TVKL.

Gelagat Wahid memang menceriakan.

Babak yang mencuit hati ialah ketika Wahid mengunjungi wartawan penyiaran Azura Hashim (Normala) di hospital.

Apabila Wahid memberitahu dia sudah memaklumkan kepada keluarganya tentang sesuatu, Azura hampir mengandaikan ia adalah satu lamaran.

Rupa-rupanya Wahid cuma ingin berhenti kerja.

Yusof membuat pilihan yang bijak dari segi pemilihan watak kerana setiap pelakon menampilkan karakter masing-masing dengan baik.

Namun aksi daripada Ida Nerina sebagai Karina cukup berkesan.

Sebagai Karina, Ida Nerina kelihatan begitu kejam dengan solekan dan memek muka yang cukup ganas.

Gerak Khas The Movie II yang sesuai untuk tontonan umum kini sudah ditayangkan di pawagam. - JAM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.