saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/06/2002

Siti Nurhaliza - Kesinambungan Sudirman

Siti Nurhaliza dalam Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir di Istana Budaya yang berakhir malam ini.


Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
Allahyarham Sudirman Arshad dan Siti Nurhaliza adalah dua generasi yang berbeza. Mereka tidak pernah bertemu, jauh sekali untuk bertentang mata kerana semasa Sudirman menghembuskan nafas terakhir perjalanan karier Siti Nurhaliza belum bermula.

Bagaimanapun mereka berdua dilingkari oleh khazanah seni yang ditinggalkan Sudirman dan ternyata lagu-lagu Sudirman tidak hilang bersama pemergiannya.

Selepas satu dekad pemergian Sudirman, lagu-lagu Allahyarham menghubung dengan generasi hari ini dan Siti Nurhaliza adalah salah seorang daripada mereka.

Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir adalah manifestasi penghormatan kepada penghibur rakyat yang terus diingati dan dikenang oleh generasi baru hari ini. Konsert yang diadakan di Istana Budaya ini bermula Khamis lalu dan berakhir semalam.

Konsert tersebut dianjurkan oleh Istana Budaya, EMI (Malaysia) dan Siti Nurhaliza Productions sebagai salah satu acara sempena satu dekad pemergian Sudirman pada 22 Februari lalu.

Dalam konsert yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pimpinan Mustafa Fuzer Nawi itu Siti Nurhaliza mengimbas Sudirman menerusi lagu-lagu yang ditinggalkannya. Ternyata Siti Nurhaliza tidak mahu menjadi Sudirman tetapi memberikan satu apresiasi terhadap penyanyi popular itu.

``Lagu-lagu dendangan dan cerita mengenai Sudirman membuatkan saya terasa Allahyarham berada di depan mata,'' jelas Siti Nurhaliza.

Dalam konsert ini, lagu-lagu yang pernah didendangkan oleh Penghibur Terbaik Asia itu diberi gubahan dan sentuhan baru untuk tatapan generasi hari ini.

Sesuai dengan kedudukannya sebagai penyanyi paling popular ketika ini, Siti Nurhaliza telah menjalankan tugasnya dengan baik di pentas. Setiap lagu didendangkan dengan penuh penghayatan mengembalikan ingatan peminat terhadap Sudirman melalui cara nyanyiannya yang tersendiri.

Rasa terhimbau ke zaman lampau apabila lagu seperti Terasing, Milik Siapakah Gadis Ini, Nilai Cintamu, Merisik Khabar, Pelangi Petang dan Salam Terakhir dinyanyikan semula oleh Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza menyanyikan lebih 30 lagu penuh dan medley dan mengenakan tujuh helai baju yang berbeza, termasuk sepasang baju kurung bercorak bendera Malaysia.

``Saya tidak malu mengaku pakaian ini saya ilhamkan daripada Allahyarham Sudirman,'' jelas Siti Nurhaliza semasa di pentas.

Siti Nurhaliza kelihatan menggunakan sepenuh tenaga dan kekuatannya mengimbas semula kegemilangan Sudirman di pentas. Paling menarik kemunculan anak saudara Sudirman, Atai yang mendeklamasikan puisi yang cukup menyentuh perasaan.

Selain Atai, dua rakan rapat Sudirman, Yusni Jaafar dan Saodah Ismail turut mengimbas segala kenangan dan pengalaman mereka selama mengenali Sudirman.

Sambutan yang diberikan terhadap konsert ini pada malam pertama agak baik dan terbukti harga tiket bukanlah penghalang kepada kejayaan persembahan ini.

Dari aspek pementasan, kehadiran penari dalam banyak lagu telah menghilangkan tumpuan kepada persembahan yang diiringi oleh orkestra ini. Penghayatan terhadap muzik perlu diberi ruang yang seluasnya kepada penonton.

Gubahan baru lagu-lagu Sudirman dan kemampuan Siti Nurhaliza sudah cukup menarik tumpuan penonton kerana yang mahu ditonjolkan dalam konsert ini ialah muzik dan bukan pementasan. Warna warni, rambu ramba penari ternyata menjejaskan prestij sebuah konsert iringan orkestra seperti ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.