saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/06/2002

Cetusan hati nurani Budak Kacamata

Album: Jujur

Artis: Budak Kacamata

Penerbit: Ly, Adinda Amiro, Belle, Tapai, Alfa dan Eddie Hamid

Edaran: Fantasia Music City (FMC)

Setelah puas merayu kepada syarikat rakaman barulah anggota kumpulan Budak Kacamata berpeluang untuk membabitkan diri dalam proses pembikinan album ke empat.

Album berjudul Jujur itu secara tidak langsung memberi peluang kepada Zack, vokalis, Razak (dram), Ajax (bass) dan Farouk (gitar) mencadangkan lagu-lagu yang sesuai untuk dirakamkan.

Kata Zack, sebelum mendendangkan lagu-lagu tersebut, beliau terlebih dahulu telah bertemu dengan para komposer terbabit.

Jelasnya, melalui pertemuan itu dapat membantu beliau menjiwai lagu-lagu yang bakal dirakam.

``Inilah pertama kali saya berpeluang berbincang dengan komposer. Dulu saya hanya datang studio dan rakam lagu,'' katanya.

Tambahnya, sebelum merakamkan sepuluh buah lagu, pihak syarikat rakaman dan Budak Kacamata telah meminta pandangan beberapa komposer untuk memilih lagu-lagu tersebut.

Menyentuh mengenai lagu ciptaannya, Pilu dan Papa Blues, Zack berkata, lagu-lagu tersebut juga dipilih atas suara ramai.

Katanya, lagu Pilu yang bunyi gitar dimainkan oleh Eddie Marzuki itu dibuat setahun lalu, sementara lagu Papa Blues pula telah dicipta sejak dua tahun lalu.

Sementara lagu Bunga Arabia, ciptaan Adinda Amiro dan lirik oleh Saidin itu dianggap paling susah untuk dirakam.

Kata Zack, semasa rakaman dia perlu menghayati dengan gaya sendiri kerana lagu tersebut tidak ada petunjuk melodi malah lirik tersebut juga dibuat pada saat akhir.

``Sebenarnya lagu tersebut sengaja dibuat pada saat-saat akhir dengan harapan saya akan lebih memberi tumpuan'' katanya terus terang.

Walaupun kali ini Zack dan rakan-rakan bebas untuk bersuara, namun mereka tidak banyak melakukan perubahan kerana terikat dengan peraturan syarikat. Namun begitu Zack berpuas hati kerana kali ini Budak Kacamata menggunakan khidmat banyak komposer berbanding dulu.

Oleh kerana lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini membabitkan idea dan pandangan daripada anggota Budak Kacamata, maka judul albumnya dipilih sebagai Jujur.

Kata Zack, perkataan jujur dipilih untuk album ini bagi menggambarkan bahawa apa yang dipersembahkan dalam album ini hasil daripada hati nurani mereka yang sebenar.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Anak-Anak Kecil, Cinta Satu Keramat, Biarkan, Hanya Ada Kamu, Meranti Sundai, Hari Ini Esok Lusa dan Tanpa Alasan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.