saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/06/2002

Roslan Shah popular di Singapura

KEKURANGAN penyanyi Melayu di Singapura secara tidak langsung berjaya meletakkan Roslan Shah antara artis yang digemari di negara tersebut.

Di kalangan kelompok Melayu Kota Singa, Roslan atau nama sebenarnya Roslan Udin dikenali sebagai Sudirman Singapura.

Gelaran tersebut sinonim dengan dirinya kerana setiap kali mengadakan persembahan beliau suka mendendangkan lagu-lagu popular Penghibur No.1 Asia itu.

Roslan yang pernah dicungkil bakatnya menerusi Mr. Cafe Hiburan Minggu Ini di stesen TV Suria pada tahun 1993 bukan setakat meminati Sudirman malah bercita-cita untuk mengikut langkah Sudirman.

Beliau yang merupakan penyanyi residen di Restoran Cerana, Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Baru-baru ini telah diberi kesempatan mengadakan persembahan konsert mini lagu-lagu Sudirman sempena World Muslim Fair di Dewan Ekspo Singapura.

Menurut Roslan, itulah kali kedua beliau mengadakan persembahan seperti itu di hadapan peminat-peminatnya di Singapura.

``Kerana sekarang ini masa saya banyak di Malaysia, ramai juga yang tertanya-tanya bila saya akan buat persembahan di khalayak,'' ujarnya.

Melihatkan persembahannya, ternyata Roslan bukan sekadar mampu menarik perhatian penonton menerusi lagu-lagu dendangan tapi juga dengan gayanya semasa di pentas.

Ini kerana sepanjang persembahan, Roslan tidak henti-henti membuat lawak dan aksi yang melucukan.

Antara lagu-lagu yang menjadi pilihannya pada persembahan lebih satu jam itu ialah Apa Khabar Orang Kampung, Hujan, Horay! Horay!, Kancing Suasa dan Balik Kampung.

Roslan yang diiringi oleh dua penari latar itu memulakan persembahan dengan pelbagai lenggok tari moden. Selain itu dia juga turut mengundang peminat dewasa dan kanak-kanak untuk naik ke pentas.

Apa yang pasti kebanyakan peminat-peminat yang membanjiri dewan ekspo itu merupakan peminat setianya. Malahan mereka tidak keberatan memberi kerjasama apabila dipanggil ke pentas.

``Tanpa sokongan anda semua, tidak mungkin saya akan terus bergiat dalam seni. Kejayaan saya pada hari ini adalah atas dorongan anda. Saya harap impian saya akan terlaksana,'' katanya penuh harapan.

Roslan sebelum melangkah ke Malaysia pernah menghasilkan sebuah album, Roslan Shah 2000 dan berjaya dijual sehingga 2,000 unit. Angka penjualan album itu boleh dianggap sama dengan 50,000 unit di Malaysia.

Dia yang pernah diundang untuk menghasilkan album kompilasi bersama Sheeda, Lina Hangat dan Ifa Raziah bagaimanapun sehingga kini masih lagi menunggu.

Walaupun harapannya sedikit kecewa namun Roslan tidak mahu menjadikan kegagalan itu sebagai alasan tidak tampil dengan album baru.

Roslan sentiasa mendapat sokongan penuh daripada pelakon Noniswara, tuan punya salon La'Nonis Hair & Beauty House.

Katanya, Nonis banyak membantunya sepanjang berada di sini dan atas kepercayaan itulah dia ingin mengembangkan bakatnya di sini supaya setanding dengan artis yang lain.

Untuk itu juga Roslan mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Dia bakal berlakon dalam telefilem, Serena, dengan watak sebagai penganjur konsert. Turut sama dalam telefilem itu ialah Hafiz dan kumpulan 303.

Selain itu lagu dendangannya, Permata Jiwaku akan diselitkan juga dalam telefilem tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.