saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/06/2002

Puteh yakin secara solo

Bekas penyanyi utama kumpulan Excellent, Puteh menanam semangat percayakan kebolehan sendiri apabila cuba melangkah secara solo.

Beliau cuba melupakan keadaan sekeliling termasuk masalah penjualan album yang meleset semasa bersedia menjadi penyanyi solo.

Puteh kini sedang rancak menjalani rakaman album solo setelah dua tahun muncul bersama kumpulan Excellent yang kini telah berpecah.

Beliau cuba lakukan perubahan untuk mengikis imej Excellent terutama gaya nyanyian dan juga konsep muzik yang ditampilkan.

``Saya akan muncul dengan album berkonsep pop komersial,'' kata Puteh semasa ditemui di studio Melody Productions baru-baru ini.

Walaupun penglibatannya hanya sebagai penyanyi namun penyanyi itu turut memberi idea untuk tampilkan cara nyanyian mengikut kesesuaian penghayatannya.

Untuk album solo yang diterbitkan oleh syarikat milik penyanyi J. Sham itu beliau merakam lagu-lagu ciptaan komposer muda. Dua daripada komposer yang menyumbangkan lagu untuk album itu ialah pelajar jurusan muzik murid J. Sham.

Lagu-lagu itu ialah Andai Kau Mengerti (ciptaan Rosli) dan Malam Begini karya Ismail. Lagu-lagu J. Sham pula berjudul Masih Ada Cinta dan Hanya Kau Pujaanku.

Menurut J. Sham ribuan pelajar jurusan muzik mendapat diploma dan ijazah mereka setiap tahun dan beliau yakin ada yang berbakat besar.

``Kalau sesebuah album hanya menampilkan komposer sama sahaja ke manakah mereka ingin sumbangkan karya,'' tanya J. Sham.

Kerana itu apabila menerbitkan album Puteh di bawah syarikat sendiri, beliau meminta bekas muridnya yang berbakat untuk mencipta lagu.

Karya mereka memperlihatkan kelainan berbanding muzik yang dihasilkan oleh komposer sedia ada, kata Puteh apabila ditanya mengenai lagu-lagu yang bakal dimuatkan.

``Setiap komposer mempunyai sentuhan tersendiri dan saya senang dengan lagu-lagu yang dipilih,'' katanya.

Puteh juga akan berduet dengan J. Sham menerusi lagu Hanya Kau Pujaanku. Lagu-lagu lain yang dimuatkan antaranya Selamat Tinggal Kejora, Hati Ini Tertusuk Duri dan beberapa lagi.

Album itu dijangka akan dipasarkan sekitar Ogos depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.