saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/06/2002

Liong Sik, Ah Lek kekal jawatan sehingga 2005

Oleh: NIZAM YATIM
KUALA LUMPUR 24 Jun - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik dan Timbalannya, Datuk Lim Ah Lek mengekalkan jawatan masing-masing untuk tempoh sepenggal lagi sehingga tahun 2005.

Turut mengekalkan jawatan ialah empat Naib Presiden, 25 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) parti, Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pemilihan parti, Datuk Seri Dr. Ting Chew Peh berkata, semua penyandang mengekalkan jawatan masing-masing setelah jawatankuasa itu membuat keputusan menolak cubaan beberapa pihak untuk mencabar penyandang sedia ada.

``Calon yang cuba menentang Liong Sik ialah Ahli Jawatankuasa MCA Bahagian Bukit Bintang, Lim Lik Kai manakala Setiausaha Penganjur MCA bahagian yang sama, Teo Kah Choi dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa terbabit di sini hari ini.

Mesyuarat berkenaan diadakan sejurus selepas selesai proses penamaan calon bagi peringkat pusat, Pemuda dan Wanita parti yang diadakan dari pukul 1 hingga 5 petang di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini.

Pemilihan jawatan parti diadakan tiga tahun sekali.

Bagaimanapun, tiada pemilihan bagi sesi 2002/2005 kerana CC parti bersetuju melaksanakan pelan damai anjuran Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan tiada pertandingan bagi semua jawatan dari peringkat bahagian ke atas.

Tujuan utama pelan damai terbabit adalah bagi menamatkan perebutan jawatan antara Kumpulan A dan Kumpulan B dalam parti yang masing-masing memihak kepada Liong Sik dan Ah Lek.

Chew Peh berkata, mesyuarat jawatankuasa terbabit juga bersetuju mengekalkan penyandang bagi jawatan yang dilantik iaitu beliau sendiri sebagai Setiausaha Agung; Bendahari Agung, Tan Sri William Chek dan Setiausaha Penganjur kebangsaan, Datuk Ong Ka Chuan.

Beliau berkata, perubahan baru bagi sesi kali ini ialah dua orang dilantik bagi memegang jawatan Setiausaha Agung Pemuda iaitu bekas Timbalan Setiausaha Agung Pemuda, Liow Tiong Lai dan bekas Naib Presiden Pemuda, Loh Seng Kok.

``Bagi sayap Pemuda, beberapa jawatan belum lagi diisi iaitu juruaudit dan empat ahli CC kerana tiada penyelesaian dicapai mengenai siapa yang patut menyandang jawatan terbabit,'' jelas beliau.

Mesyuarat agung tahunan MCA akan diadakan pada 27 Julai manakala Pemuda dan Wanita pada Jumaat ini.

Dalam pada itu, mesyuarat CC parti selama satu setengah jam yang dipengerusikan oleh Liong Sik meluluskan sebulat suara senarai penyandang jawatan bagi sesi 2002/2005.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Liong Sik berkata, semua ahli CC bersetuju dengan senarai terbabit termasuk Ketua Pemuda, Datuk Ong Tee Keat yang telah meninggalkan dewan mesyuarat sebelum majlis selesai.

Sementara itu, Liong Sik berkata, mesyuarat terbabit juga sebulat suara meluluskan usul merayu supaya Dr. Mahathir terus menjadi Pengerusi Barisan Nasional.

``Kepimpinan beliau masih diperlukan bagi membantu negara menghadapi pelbagai cabaran dan keadaan tidak menentu akibat globalisasi dan tragedi 11 September,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.