saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 01/07/2002

James juara Terbuka Malaysia

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
PEMAIN negara, James Chua merangkul kejuaraan antarabangsa pertamanya selepas menundukkan penyandang juara, Ong Ewe Hock pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Proton-Eon 2002 di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) semalam.

Kejayaan mengejutkan pemain veteran kelahiran Pulau Pinang dalam permainan straight set 15-10, 15-6 itu sekali gus melenyapkan gelaran jaguh kampung yang diberikan kepadanya kerana hanya berjaya memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan saja.

James, pemain kelahiran Kuching, Sarawak mengambil masa 45 minit untuk menjinakkan pemain berpengalaman itu melalui permainan pantas dan mengelirukan.

Pemain senior negara yang tampak keletihan itu gagal menyaingi permainan rali pemain berusia 23 tahun tersebut yang bijak membaca permainan Ewe Hock.

`'Saya pernah empat kali menewaskan Ewe Hock dan sudah dapat membaca permainannya, menggunakan taktik rali yang memenatkannya.

`'Kejayaan ini cukup membanggakan saya dan saya akan cuba pertahankan prestasi yang dipamerkan,'' kata James selepas perlawanan.

Ewe Hock, 30, mempamerkan aksi yang tidak kemas banyak melakukan kesilapan menerusi hantaran bola ke luar gelanggang selain gagal mengambil bola belakang yang memberi kelebihan kepada James untuk memungut mata demi mata.

`'Saya akur dengan kemenangan James dan saya telah memberi persembahan terbaik... saya tidak kecewa,'' kata Ewe Hock.

Kegagalannya menyertai skuad Piala Thomas negara tidak mengecewakan James kerana prestasinya pada ketika itu tidak pada tahap terbaik.

`'Walaupun tidak tersenarai tetapi pengalaman mengikuti skuad ke China memberi banyak pendedahan, saya telah buktikannya pada petang ini,'' kata James lagi.

Kemenangan itu membolehkan James menerima wang tunai sebanyak AS$9,600 (RM36,480) manakala Ewe Hock pula menerima wang tunai AS$4,800 (RM18,240).

Sementara itu, jurulatih perseorangan negara, Indra Gunawan berkata, beliau gembira dengan peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh perseorangan negara.

``Sekiranya prestasi James dapat dikekalkan dia boleh diserapkan dalam skuad negara, dia perlu buktikan yang terbaik,'' katanya.

Dalam satu lagi pertandingan, beregu bidan terjun negara, Chong Tan Fook dan Chang Kim Wai terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara setelah tewas mudah kepada pasangan China, Liu Yong dan Chen Qiqiu.

Pasangan baru itu tewas straight set permainan 17-14, 15-3 walaupun memberi saingan pada set pertama.

Kemenangan itu membolehkan pasangan China membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$8,640 (RM32,832) manakala pasangan negara menerima wang tunai sebanyak AS$4,800 (RM18,240).

Pemain China turut menguasai kategori perseorangan dan beregu wanita dengan Hu Ting mengejutkan pemain nombor satu dunia, Camilla Martin 11-8, 11-6.

Gandingan Huang Nanyan dan Yang Wei pula menjuarai kategori beregu setelah menewaskan rakan senegara, Zhang Yawen dan Zhao Tinting 11-5, 11-5.

Terbuka Malaysia merupakan kejohanan pertama yang kembali menggunakan sistem 15 mata bagi kategori lelaki dan 11 bagi perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran.

KEPUTUSAN

Perseorangan lelaki : JAMES CHUA (MAS) kln ONG EWE HOCK (MAS) 15-10, 15-6.

Perseorangan wanita: Hu Ting (CHN) kln Camilla Martin (DEN) 11-8, 11-6.

Beregu lelaki: Liu Yong/Chen Qiqiu (CHN) kln CHONG TAN FOOK/CHANG KIM WAI (MAS) 17-14, 15-3

Beregu wanita: Huang Nanyan/Yang Wei (CHN) kln Zhang Yawen/Zhao Tingting (CHN) 11-5, 11-5.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.