saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 03/07/2002

32 ahli Pas Banggol Petai sertai UMNO

PENDANG 2 Julai - Kubu kuat Pas di Kampung Banggol Petai di sini berjaya ditembusi oleh UMNO apabila 32 ahli parti pembangkang termasuk dua pemimpin cawangan itu bertindak menyertai UMNO.

Dua pemimpin itu ialah setiausaha cawangan Pas kampung berkenaan Zulkifli Idris dan Ketua Lujnah Kebajikan Pas cawangan, Zabidi Abdul.

Zuklifli, 51, yang pernah menjadi Ketua Penerangan Pas kawasan Pasir Mas, Kelantan antara tahun 1998 hingga 2001 sebelum berpindah ke Pendang memberitahu, seramai lapan orang lain penyokong Pas di kampung itu akan menyerahkan borang UMNO tidak lama lagi.

Beliau yang juga bekas pegawai polis menyatakan, sikap pemimpin Pas yang prejudis dan pemulauan terhadap sesama umat Islam merupakan antara sebab beliau meninggalkan parti itu.

``Saya meninggalkan Pas bulan September tahun lalu setelah berpindah dari Kelantan ke Banggol Petai,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zulkifli yang juga anak kepada salah seorang pengasas Pas Kedah (Idris Musa) menyatakan, beliau mula memprotes terhadap Pas kerana ia telah lari daripada prinsip perjuangan asalnya, iaitu menyatukan umat Islam sebagai satu jemaah untuk mengisi kemerdekaan.

``Bagaimanapun perjuangan parti itu kini tidak lagi menjuruskan ke arah perjuangan Islam yang sebenar apabila umat Islam mula berpecah seperti memulau kenduri kahwin orang yang tidak menyokong mereka selain sikap prejudis pemimpinnya.

``Pemimpinnya mendakwa sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan tetapi apabila dijemput menghadiri kenduri oleh pemimpin UMNO, pemimpin datang dan yang keliru ialah orang bawahan,'' kata Zulkifli yang kini menjadi salah seorang penceramah Biro Penerangan UMNO Pendang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.