saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/07/2002

Anugerah Era 2002 dijangka hebat

Oleh Khadijah Ibrahim
Stesen Radio Era mengalu-alukan sebarang cadangan daripada pelbagai pihak untuk meningkatkan lagi prestij acara Anugerah Era 2002 yang akan diadakan pada September depan.

Ini merupakan kali kedua Radio Era menganjurkan anugerah tersebut dan dijangka sambutan lebih hebat daripada yang lalu.

Pengurus Radio Era, Kudsia Kahar berkata, pihaknya bersedia menerima pandangan daripada orang ramai sekiranya ia dapat membantu memperbaiki mutu persembahan Anugerah Era pada 28 September depan di Arena of Stars, Genting Highlands.

Menurut Kudsia, Anugerah Era 2002 merupakan acara besar yang kedua selepas acara sulung tahun lalu.

``Kami selalu bersikap terbuka kepada kritikan dan pandangan yang membina.Ini kerana kami mahu menjadikan anugerah ini lebih baik daripada sebelum ini,'' tegas Kudsia pada sidang media di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebagai persiapan, Kudsia memberitahu, pihaknya mula merancang Anugerah Era sejak Disember tahun lalu. Sempena Anugerah Era 2002 ini, Kudsia memberi jaminan bahawa pihaknya akan memberi keutamaan kepada artis tempatan berbanding luar negara untuk membuat persembahan.

Katanya, walaupun pada tahun ini jualan album kurang memberangsangkan namun pencalonan kali ini lebih banyak berbanding dulu.

Pada kali ini sebanyak sepuluh kategori yang dipertandingkan iaitu Vokal Lelaki Pilihan, Vokal Wanita Pilihan, Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan, Lagu Rock Pilihan, Lagu Pop Pilihan, Lagu Etnik Pilihan, Lagu Nasyid Pilihan, Artis Inggeris Tempatan Pilihan, Muzik Video Pilihan dan Artis Harapan Pilihan.

Kali ini juga menurut Kudsia, artis yang hanya tampil dengan sebuah lagu juga layak untuk dicalonkan dalam kategori yang dipertandingkan.

Ujarnya, dengan cara begitu penyanyi yang nyanyi album single juga berpeluang untuk bertanding.

Kebanyakan lagu-lagu yang dipertandingkan adalah lagu-lagu yang pernah disiarkan di stesen Radio Era mulai 1 Jun tahun lalu sehingga 31 Mei lalu.

Pemilihan calon-calon dalam setiap kategori akan dilakukan secara berperingkat sehinggalah lima calon terpilih ke peringkat akhir.

``Seperti dulu pemilihan dibuat berdasarkan kepada borang yang diedarkan dan juga menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan juga panggilan melalui talian khas, 32999'' katanya lagi.

Pemilihan juga boleh dibuat menerusi laman web www.era.fm, di mana setiap seorang hanya boleh membuat sekali undian sahaja.

Kali ini Radio Era akan menambahkan lagi jumlah tukang sorak Era daripada 150 kepada 250 orang. Mereka yang dipilih menerusi uji bakat akan berada di kiri kanan pentas untuk memeriahkan majlis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.