saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/07/2002

Siti Nurhaliza wakil negara ke Voice of Asia


Siti Nurhaliza.


Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
SEIRING dengan populariti serta rekod kejayaannya dalam dunia muzik tanah air, penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza Tarudin dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan Voice Of Asia di Almaty, Kazakhstan pada 1 Ogos depan.

Pemilihan Siti Nurhaliza tidak harus dipertikaikan kerana penyanyi yang berusia 23 tahun itu sudah membuktikan kehebatannya sebagai penyanyi yang berjaya.

Sepanjang enam tahun melibatkan diri dalam bidang seni, beliau sudah meraih 82 anugerah menerusi pelbagai pertandingan dan penganugerahan dalam dan luar negara.

Siti Nurhaliza amat gembira dan terharu kerana telah dipilih untuk mewakili negara ke pertandingan yang akan menghimpunkan penyanyi dari 35 buah negara itu.

``Siti berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik seperti yang selalu Siti lakukan ketika menyertai pertandingan lain,'' kata Siti Nurhaliza kepada Utusan Malaysia.

Penyertaan Malaysia ke pertandingan Voice Of Asia ini adalah kali ke-11.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Persekutuan Antarabangsa Penganjuran Festival (FIDOF). Sebelum ini beberapa artis popular tanah air seperti Ziana Zain, Anis Suraya dan kumpulan Slam juga pernah mewakili negara dan membawa pulang kemenangan masing-masing.

Antara negara yang akan menyertai pertandingan ini ialah Australia, Amerika Syarikat, Indonesia, Turki, Perancis dan lain-lain lagi.

Pertandingan ini dianggap sebagai laluan untuk artis-artis dari seluruh dunia berhimpun dan berbincang mengenai hala tuju muzik negara masing-masing.

Sehubungan itu, Siti Nurhaliza menganggap, tanggungjawab yang dipikulnya tahun ini lebih berat memandangkan beliau bukan sekadar membawa imej dan popularitinya bahkan juga reputasi negara yang semakin mendapat perhatian di mata dunia.

``Siti mengharapkan masyarakat dan peminat Siti akan mendoakan kejayaan Siti di sana,'' ujarnya lagi.

Pada masa ini, Siti Nurhaliza memberitahu, beliau bersama pihak pengurusannya sedang melakukan pelbagai persiapan sebelum ke sana.

Selain memberikan perhatian rapi pada aspek nyanyian , Siti Nurhaliza juga berkata, beliau akan turut memberi penekanan pada aspek persembahan serta pakaiannya.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau telah diberitahu oleh wakil Voice Of Asia di Malaysia yang juga bekas juri pertandingan tersebut, Fauziah Raof, para juri pertandingan itu sentiasa memberi penekanan kepada aspek nyanyian , persembahan dan pakaian.

``Memandangkan Siti akan mengadakan persembahan seorang diri tanpa penari dan penyanyi latar, maka Siti perlu persiapan mental yang tinggi,'' tambah Siti.

Sepanjang tiga hari pertandingan itu, Siti Nurhaliza dijangka akan menyampaikan tiga buah lagu popularnya iaitu Jalinan Cinta, Purnama Merindu dan Nirmala.

Ketika di Kazakhstan, Siti Nurhaliza akan ditemani oleh Pengarah Urusan Suria Records, Tan Su Loke abangnya, Ayie dan kakak iparnya, Rozi.

Selepas menyertai pertandingan itu, Siti Nurhaliza juga akan berlepas ke London selama lima hari untuk mengadakan persembahan amal di sana.

Wakil delegasi Malaysia Fauziah Rauf berkata, Siti Nurhaliza dipilih dengan harapan tinggi untuk membawa kejayaan yang lebih besar.

``Saya harap Siti akan memenangi anugerah utama, Grand Prix,'' kata Fauziah.

Sebelum ini Ziana Zain dan Anis Suraya pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.