saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/07/2002

Filem komedi tempatan meningkat

LAZIMNYA matlamat utama untuk menonton filem ialah bagi menghiburkan hati, terutama dengan memilih cerita yang bercorak komedi.

Justeru matlamat itu akan tercapai kerana pengeluaran filem berunsur komedi keluaran tempatan bagi tahun 2002 ini kian meningkat.

Kebanyakan filem tersebut sedang menunggu giliran untuk ditayangkan di pawagam pada tarikh biasa, selain berebut untuk tayangan musim Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Antara filem yang telah siap pembikinan itu ialah Soalnya Siapa arahan Othman Hafsham (Serangkai Film), Mami Jarum arahan Abdul Razak Mohideen (Metrowealth Movie Productions) dan Iskandar arahan Nagaraj (SV Productions).

Selain itu filem Gila-Gila Pengantin arahan Aziz M. Osman akan dikeluarkan secara bersama dengan Skop Productions telah bersiap sedia untuk dilancarkan penggambarannya.

Jika tidak komedi sepenuhnya, filem-filem yang dimaksudkan itu turut diselitkan dengan sedikit unsur komedi, pertarungan dan muzikal.

Soalnya Siapa dilihat sebagai sambungan kepada filem Soal Hati keluaran syarikat yang sama pada tahun lalu.

Filem Soalnya Siapa hasil skrip produsernya, Habsah Hassan itu dijayakan oleh barisan pelakon utama seperti Afdlin Shauki, Erra Fazira dan Ellie Suryati Omar.

Mami Jarum pula dibintangi oleh Ezad Exist, Zahida Rafik, Vanidah Imran dan Kartina Aziz berlatarbelakang gaya hidup di Pulau Pinang.

Berbanding dengan Iskandar, pengarah Nagaraj nekad terus mengambil artis rock terkenal Awie sebagai hero bergandingan dengan penyanyi Jeslina Hashim dan memperkenalkan bintang baru Hetty Sarlene dari Singapura.

Iskandar diperkuatkan lagi dengan lakonan Jalaluddin Hassan, Alezza Kassim, Radzi Khalid, Farouk Hussain, Hamidah Wahab, Bob Khairil, Terry Gallyot (Mr. Asia `99), Ameng (Spring) Maidin, Accapan dan lain-lain lagi.

Bagi filem Gila-Gila Pengantin, pengarah Yusof Haslam yang akan berpadu tenaga dengan Aziz M. Osman dari segi pengeluaran filem itu sudah menyenaraikan barisan pelakon utamanya seperti Erra Fazira, Juliana Banos, Syanie dan Salih Yaccob.

``Hero Gila-Gila Pengantin mungkin kita akan ambil Norman Hakim,'' kata Yusof Haslam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.