saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/07/2002

Maya Karin - Erti Cinta terokai di Indonesia


Maya Karin.


Daripada Zulkefli Hamzah
(Jakarta)
Walaupun masih berstatus pendatang baru dalam bidang nyanyian, Maya Karin sudah menunjukkan keberanian untuk meneroka pasaran muzik Indonesia dengan album solonya, Erti Cinta.

Keberanian itu memang berasas kerana Erti Cinta dari awal turut difokuskan untuk pasaran Indonesia yang mempunyai potensi lebih besar dari Malaysia. Setakat ini album itu telah dijual lebih 10,000 di Malaysia.

Bagi memberi imej Indonesia, Erti Cinta menyelitkan tiga buah lagu ciptaan Odie Agam (Hati Yang Sepi), Raidy Noor (Rinduku dan Tak Sanggup Lagi) dan Deddy Kochan (Simpan Sahaja Cintamu).

Secara kebetulan pula, Odie Agam adalah pencipta lagu Antara Anyer dan Jakarta yang telah memasyhurkan nama Sheila Majid sebagai penyanyi yang menjadi pujaan penggemar irama jazz di republik ini.

Tambahan pula, Indonesia bukanlah negara asing bagi Maya malah di hadapan para wartawan pada majlis pelancaran album Erti Cinta di Jakarta, Khamis lalu mengaku sebagai separuh Malaysia dan separuh Indonesia.

Maya membesar dalam lingkungan cara hidup Indonesia di Samarinda, Padang dan Bandung kerana mengikut ayahnya yang bertugas di Bank Dunia. Semasa meniti usia remaja di Bandung, Maya menceburi bidang modelling dan menyanyi di pub.

``Saya suka berada di Indonesia, ia tidak ubah seperti negara saya sendiri. Ini sumbangan untuk negara yang telah banyak memberi pengalaman menarik selama lebih 13 tahun tinggal di sini,'' katanya yang masih mampu berbahasa Indonesia tetapi pelat Melayu.

Mungkin itu kelebihan Maya untuk memudahkannya diterima oleh masyarakat Indonesia walaupun agak sukar untuk penyanyi berusia 23 tahun ini menandingi populariti Siti Nurhaliza mahupun kumpulan nasyid, Raihan.

Ini kerana kejayaan Nurhaliza dan Raihan menembusi pasaran muzik Indonesia kerana pengkhususan mereka. Orang Indonesia begitu dahagakan irama Melayu dan nasyid yang merupakan satu kelainan berbanding pop soul yang mempunyai banyak persaingan di sini.

``Di Malaysia orang kata loghat bahasa Melayu saya lebih pekat Indonesia. Tetapi itulah saya dan ini mungkin kesan kerana menjelajah banyak negara,'' kata Maya.

Tetapi yang menarik di Indonesia tentang Maya ialah khabar angin yang bertiup kencang bahawa beliau menjalin hubungan dengan penyanyi utama kumpulan Sheila On 7, Duta yang telah beberapa kali berkunjung ke Kuala Lumpur.

``Kami hanya berkawan. Dulu sema-sa di Kuala Lumpur saya melayannya sebagai tetamu,'' katanya yang sempat keluar bersama Duta pada majlis ulang tahun Sony Muzik pada malam kedua programnya di Jakarta.

Kemampuan Maya untuk menarik khalayak begitu meyakinkan sehingga para wartawan Indonesia kagum dengan penampilannya yang bersahaja semasa mempersembahkan tiga buah lagu termasuk lagu Inggeris dalam albumnya, Single Girls.

Untuk itu, Ketua Pengawai Eksekutif Metrowealth International Group, David Teo telah merancang untuk membuat konsert jelajah Indonesia bermula di Pulau Jawa sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

``Kita juga akan membuat klip video baru untuk Maya yang sesuai bagi pasaran Indonesia dan akan diterbitkan oleh penerbit tempatan,'' katanya yang menjangkakan dapat menjual sekurang-kurangnya 50,000 unit dalam masa terdekat ini. - UTUSAN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.