saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/07/2002

Amy Mastura -- Rezeki murah selepas kahwin

AMY MASTURA.


Oleh KHADIJAH IBRAHIM
SEWAKTU Amy Mastura mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan, ramai yang bertanya mampukah penyanyi kecil molek itu mempertahankan popularitinya?

Dulu sewaktu ditanya soalan tersebut Amy sendiri mengaku beliau tidak ada jawapan pada soalan itu. Namun kini persoalan itu telah terjawab kerana status sebagai isteri dan ibu bukan penghalang kerjayanya.

Ini jelas terbukti sejak berkahwin dan melahirkan anak, rezeki Amy dalam bidang yang diceburinya begitu menyerlah. Malahan kata Amy, apa yang diperolehinya adalah tuah anaknya, Adriana.

Amy yang menjadi duta produk Lux dan Omega itu merasa dirinya amat bertuah pada ketika ini.

Katanya, selain dari memiliki orang yang tersayang, perjalanan kerjaya seninya juga turut berjalan lancar.

Malahan Amy juga membuka rahsia bahawa, beliau tidak pernah terfikir bahawa dirinya mampu sampai ke tahap sekarang melainkan sekadar penyanyi biasa.

Namun tuah yang menyebelahinya meletakkan Amy sebagai penyanyi yang cukup popular dan menjadi rebutan pelbagai pengeluar produk.

Walaupun dirinya menjadi perhatian ramai, Amy tidak pernah lupa diri. Sebaliknya beliau sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah.

``Sehingga kini saya berterima kasih pada semua kerana dapat menerima diri saya sepertimana sekarang. Peminat sentiasa memberi sokongan walaupun saya sudah berumah tangga,'' kata Amy sambil tersenyum puas ketika pelancaran albumnya berjudul Akan Datang di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Kini Amy akan kembali aktif untuk promosi album keduanya selepas Bintang Hati bersama Sony Music.

Album kedua itu dihasilkan setelah dua tahun Amy menunggu.

Kata Amy, judul album itu dipilih sempena kata-kata yang kerap disebutnya kerana setiap kali peminat tanya kepadanya bilakah akan buat album baru, maka beliau akan menjawab, ``akan datang.'' Malahan lagu Akan Datang adalah lagu terakhir yang dirakamnya.

Akan Datang menampilkan konsep pop dengan pelbagai irama. Kata Amy, beliau berpuas hati dengan pembikinan album itu kerana diberi kesempatan untuk memberi idea tentang pemilihan dan konsep lagu.

Malahan dalam album yang membariskan komposer seperti Azlan Abu Hassan, Pak Ngah, KRU, Iman Wan, Julfekar, Amran Omar dan Ucu, Amy turut menyumbangkan sebuah lagu dan lirik.

Lagu ciptaan Amy, Kasih Suci turut dijadikan lagu tema untuk iklan sabun Lux yang kini ditayangkan di kaca TV.

Kata Amy, idea untuk mencipta lagu tersebut timbul sewaktu beliau sedang mendodoi untuk menidurkan anaknya.

``Lagu itu saya cipta bahagian korus dulu, kemudian baru yang lain. Kebetulan waktu buat komersial Lux, mereka bersetuju untuk jadikan lagu itu sebagai tema. Sebenarnya lagu itu saya tujukan khas untuk Adriana,'' kata sepupu penyanyi Mazuin Hamzah itu.

Untuk album ini juga Amy telah menyiapkan dua buah klip video iaitu Kasih Suci dan Akan Datang yang menjalani penggambaran di Indonesia.

Lagu Akan Datang yang berentak rancak, ciptaan Iman Wan dan lirik oleh Amran Omar itu merupakan single pertama dan Hati Berlagu, ciptaan Julfekar pula akan dijadikan single kedua.

Untuk album ini Amy berkata beliau telah bersedia untuk turun padang menemui para peminat di seluruh negara.

Sebaik sahaja selesai melakukan promosi, Amy yang pernah berlakon filem Puteri Impian dan Tragedi Oktober serta popular menerusi telefilem Toll Gate Girl akan turun ke lokasi untuk filem baru Primadona.

Primadona filem arahan Aziz M. Osman itu akan memulakan penggambaran pada bulan Oktober ini.

Kata Amy, beliau menerima tawaran untuk berlakon filem Primadona kerana tertarik dengan watak yang ditawarkan.

Amy berkata, beliau selalu berharap mendapat berpeluang berlakon di bawah arahan banyak pengarah. Malangnya setiap kali mendapat tawaran, sering bertindih dengan jadual kerjanya sebagai penyanyi.

``Kalau boleh saya nak cuba berlakon di bawah ramai pengarah, tapi setakat ini tidak dapat kerana bertindih jadual kerja ataupun watak yang ditawar tidak sesuai,'' katanya terus terang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.