saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 22/07/2002

Juara milik Malaysia

GELARAN beregu lelaki Kejohanan Badminton Remaja Asia kembali menjadi milik Malaysia selepas empat tahun, apabila pasangan Koon Kien Kiet-Ong Soon Hock menewaskan Han Sang-hoon-Kim Dae-sung dari Korea Selatan pada perlawanan akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur, semalam.

Kali terakhir Malaysia muncul juara beregu lelaki adalah pada 1998 menerusi Chan Chong Ming-Te Kok Seng. Pada tahun sebelumnya, Chong Ming turut merangkul gelaran bersama Jeremy Gan.

Dalam perlawanan semalam, Kien Kiet-Soon Hock akhirnya berjaya mengetepikan perasaan gemuruh selepas berhempas pulas selama 55 minit untuk menang 15-13, 15-13.

``Kami melakukan enam kesilapan ketika mengambil servis, itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa berdebar kami hari ini,'' kata Kien Kiet.

``Saya fikir aksi kami semalam (separuh akhir, menentang beregu Indonesia) adalah lebih baik kerana kami dapat menunjukkan permainan sebenar tanpa banyak tekanan.''

Pada set pertama yang berlarutan hingga 30 minit, beregu negara mensia-siakan kelebihan mendahului 8-3 apabila membenarkan pasangan Korea Selatan menyamakan kedudukan 8-8, sebelum mereka melebarkan mata kepada 10-8.

Kien Kiet, yang turut melangkah ke separuh akhir beregu campuran bersama Wong Wai See melakukan dua servis fault, manakala Soon Hock melakukan satu untuk mematikan servis tanpa sebarang mata.

Selepas kedua-dua beregu bertukar lima servis, pasangan negara akhirnya berjaya menggerakkan mata kepada 9-10, sebelum menang 15-13.

Set kedua kelihatan mudah buat Kien Kiet-Soon Hock pada sekitar 10 minit pertama permainan apabila mereka mendahului 10-5.

Begitupun, kegugupan pasangan negara itu menyaksikan Soon Hock melakukan dua servis fault, diikuti satu oleh Kien Kiet untuk membenarkan Sang-hoon-Dae-sung merapatkan kedudukan kepada 11-10.

Pertahanan baik yang ditunjukkan oleh Kien Kien-Soon Hock membolehkan mereka menyekat pasangan Korea daripada mengutip lebih banyak mata sebelum menang 15-13.

``Saya amat berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain sekalipun kegugupan mereka amat ketara,'' kata jurulatih, Yap Kim Hock.

``Kien Kiet banyak melakukan kesilapan hari ini, mujur Soon Hock bermain amat baik dan menjadikan permainan seimbang. Pencapaian mereka jauh lebih baik daripada yang dijangkakan.''

Sementara itu, Korea Selatan tetap pulang dengan satu gelaran apabila pemain tinggi lampai, Park Sung-hwan muncul juara perseorangan lelaki menewaskan pemain Singapura kelahiran Indonesia, Hendra Wijaya 15-11, 15-5.

Seperti diduga, China menguasai kedua-dua acara perempuan dengan muncul juara perseorangan dan beregu. Zhu Lin menewaskan rakan senegara, Jiang Yanjio 11-3, 11-6.

Pasangan Rong Lu-Du Jing pula mudah menundukkan beregu Thailand, Salakjit Polsana-Soratja Chansrisukot 11-4, 11-2.

Beregu campuran pula menjadi milik Indonesia apabila pasangan Markis Kido-Lilyana Natsir menewaskan Cao Chen-Rong Lu dari China 11-4, 11-3.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.