saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/07/2002

Saidin dirompak RM500,000

Oleh:SUFFIAN ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 23 Julai - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, Datuk Saidin Tamby dan keluarganya dirompak wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM500,000 oleh lima lelaki dipercayai rakyat asing di rumah mereka di Kampung Selayang Pandang dekat sini, awal hari ini.

Kumpulan perompak yang menutup muka dengan tuala, turut melarikan sepucuk pistol jenis Revolver .38 milik Saidin yang mengandungi lima butir peluru.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi, kumpulan perompak terbabit memasuki banglo tiga tingkat yang didiami oleh Saidin bersama 15 ahli keluarganya melalui tingkap dapur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Abu Bakar Johar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai rompakan itu.

Saidin, 67, berkata, ketika kejadian, perompak itu yang bersenjatakan pisau dapur menyerbu masuk bilik anak lelakinya, Mohd. Marwan, 28, di tingkat tiga banglo tersebut yang sedang menonton televisyen.

``Mereka kemudian mengikat anak saya dan isterinya, Jufrina Mohammad, 26,'' kata Saidin ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, tiga daripada lelaki itu kemudian mengarahkan anak lelakinya membawa mereka ke biliknya di tingkat satu.

Kata Saidin, sebaik sahaja pintu biliknya dibuka, perompak itu menyerbu masuk serta terus menggeledah biliknya.

Tambahnya, pada pada masa yang sama, beliau dan isterinya, Datin Maimunah Shafie serta Mohd. Marwan diikat di dalam bilik itu, manakala Jufrina dikurung di tingkat tiga.

Katanya lagi, kesemua perompak terbabit mengambil masa hampir 40 minit untuk menggeledah biliknya dan bilik Mohd. Marwan sebelum melarikan diri.

Perompak itu, menurut Saidin, melarikan mata wang pelbagai negara bernilai kira-kira RM6,000, 10 utas jam tangan, empat telefon bimbit serta barang-barang kemas yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM500,000.

Pistol beliau yang dilarikan diletakkan di bawah bantal bilik tidurnya.

Beliau percaya kumpulan perompak itu terdiri daripada rakyat asing berdasarkan loghat percakapan mereka yang menggunakan bahasa Indonesia dialek Boyan.

Menurut Saidin, beliau berjaya membuka ikatan tangannya sejurus selepas perompak itu melarikan diri dan seterusnya menghubungi polis.

Kata beliau, kesemua ahli keluarganya tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.