saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/07/2002

Rafeah Buang meninggal dunia

Oleh: SAMSOR JUNET
PEKAN 24 Julai - Penyanyi veteran bersuara emas Datuk Rafeah Buang meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah menderitai penyakit barah sejak Januari lalu.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 pagi ini, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-55.

Allahyarham Rafeah dilahirkan pada 25 Julai 1947 di Singapura dan berkongsi tarikh lahir dengan suaminya, kerabat diraja Pahang, Datuk Tengku Asmawi Tengku Hussain, 57 tahun.

Malahan esok juga adalah tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-31 selepas diijabkabulkan pada tahun 1971.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak iaitu Tengku Ahmad Ashraf, 33, dan Tengku Khairil Ashraf, 29, serta seorang anak angkat, Nurul Iman Saleha.

Anak ketiganya Tengku Amirul Ashraf meninggal dunia pada 1993 ketika berusia 11 tahun akibat kemalangan jalan raya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Diraja Pekan, petang ini bersebelahan pusara anakandanya itu.

Rafeah yang popular menerusi lagu-lagu seperti Hati Ku Kau Curi, Udang Sama Udang, Suka Sama Suka, Jinak Merpati, Bila Dikasihi dan Cinta Zaman Sekarang, mewarnai industri hiburan tanah air pada akhir tahun 60-an, 70-an dan awal tahun 80-an.

Tengku Asmawi ketika ditemui pemberita di kediamannya, Villa Amirul Ashraf di Sungai Miang, Pekan di sini berkata, Rafeah meninggal dunia ketika dalam tidur kira-kira pukul 3.30 pagi ini.

`Pada waktu itu pembantu kami ternampak isteri saya yang sedang tidur, tiba-tiba sesak nafas sekejap dan senyap. Saya redha dengan pemergiannya,'' kata beliau.

Jenazah Allahyarham yang diterbangkan dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi tiba di lapangan terbang TUDM Kuantan kira-kira pukul 10 pagi.

Tengku Azmawi berkata, Rafeah dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu untuk menjalani rawatan kimoterapi dan kemudian dimasukkan ke Hospital Pakar Selayang kerana menghadapi masalah kesukaran untuk makan.

Tengku Asmawi berkata, penyakit isterinya itu disedari selepas Rafeah menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 2 Januari lalu kerana sakit dada.

Semasa pemeriksaan, doktor mendapati ada kanser pada saluran darah di tulang belakangnya.

Rafeah yang turut disahkan mengalami ulser di bahagian usus dan buah pinggang, kemudian menjalani rawatan kimoterapi di HTAA pada 28 Januari, sebelum diterbangkan dengan penerbangan ihsan TUDM ke HKL untuk menjalani rawatan kimoterapi kedua pada 4 Februari.

Tengku Asmawi berkata, penyakit yang dihadapi isterinya itu dipercayai adalah lanjutan daripada kanser rahim yang dihidapinya pada tahun 1996.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga hari sebelum meninggal dunia, Rafeah menghadapi masalah tidak boleh makan kerana akan muntah jika berbuat demikian.

Menurutnya, ini kerana barah yang dihidapi menyebabkan ususnya mengecil dan bagi menyelamatkannya, doktor memasukkan makanan ke dalam perut secara perubatan.

Sementara itu, jenazah Allahyarham dibawa dari lapangan terbang dengan kenderaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ke rumahnya untuk dimandi, dikapan dan disembahyangkan.

Turut menziarah ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom serta kerabat diraja termasuk Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tengku Puan Azizah Sultan Iskandar.

Isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Junaini Kassim, ketua-ketua jabatan kerajaan dan penduduk Pekan turut menziarah.

Pada 1965, Allahyarham menjadi artis rakaman Senada pimpinan Kassim Masdor, menyertai kumpulan muzik Sinar Baru, Sahaja Begitu dan pada 1966 merakamkan album berbentuk EP.

Beliau juga pernah menjadi artis rakaman syarikat EMI dan Polygram.

Allahyarham pernah menjuarai Pertandingan Bintang Radio (Asli) Singapura pada 1964, menerima Cakera Emas Persatuan Penyanyi Tanah Air pada 1979 serta aktif dalam kesatuan penulisan, politik, kebajikan dan sukarela.

Beliau juga menulis dalam majalah URTV terbitan Kumpulan Utusan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.