saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/08/2002

Kuiz menerusi slot Identiti

STESEN TV3 dengan kerjasama penaja-penaja menyediakan hadiah lumayan menerusi kuiz slot Identiti, Kiranya Aku Tahu yang disiarkan mulai Khamis ini.

Drama 30 episod lakonan Rosyam Nor, Haliza Misbun, Siti Eja, Kartina Aziz, Azizah Mahzan dan Betty Benafe itu mengisahkan seorang anak muda Malaysia yang lupa diri apabila mendapat pekerjaan yang baik di luar negara.

Pemenang utama kuiz drama bersiri itu berpeluang memenangi barang kemas bernilai RM6,000 dan bekalan beras Super 5 keluaran Bernas selama lima tahun.

Peraduan bermula 19 September ini dan penonton dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan setiap hari pada hari Khamis setiap minggu.

Drama arahan Erma Fatima itu turut menjalani penggambaran di London dan Sri Lanka sesuai dengan jalan cerita yang mengisahkan tentang kedua-dua negara itu.

Pengurus Besar Kanan Rancangan TV3, Mohd Khalil Mohd Zain dalam sidang akhbar baru-baru ini berkata, pihaknya sentiasa menyiarkan drama terbaik untuk mengisi slot Identiti.

``Slot Identiti pernah mencatat jumlah penonton 1.9 juta orang dan TV3 peka dengan permintaan penonton dengan menyiarkan banyak drama bermutu,'' katanya lagi.

Nama-nama besar dalam barisan pelakon dan pengarah memberi kelebihan drama itu, kata Mohd. Khalil lagi.

Kiranya Aku Tahu mengisahkan Azeem dan sepupunya, Suraya yang berkawan baik sejak kecil malah berjanji untuk berkahwin apabila dewasa.

Apabila Azeem ke London untuk menyambung pelajaran, dia mula lupa diri dan tidak menghantar berita ke kampung. Suraya menerima lamaran Basri kerana tidak pasti apakah Azeem akan kembali.

Setelah tamat pengajian Azeem ditugaskan ke Sri Lanka dan dia berkenalan dengan Mary Anne. Apabila kembali ke London, dia membawa Mary Anne bersama.

Tidak lama kemudian Azeem ditukarkan ke Malaysia. Dia pulang bersama Mary Anne dan anak mereka.

Di Malaysia bermulalah konflik baru dalam hidup Azeem yang mula sedar kesilapannya selama ini.

Drama tersebut terbitan syarikat Eurofine yang semakin aktif menerbitkan rancangan televisyen tempatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.