saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/08/2002

Voice of Asia - Siti Nurhaliza rangkul hadiah Grand Prix


Siti Nurhaliza.


Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
(Almaty, Kazakhstan)
Kejayaan merangkul hadiah Grand Prix di pertandingan Voice of Asia oleh Siti Nurhaliza membuktikan penyanyi tempatan mampu memberi cabaran di pentas antarabangsa.

Lagu bercirikan kemelayuan, Nirmala dan Purnama Merindu yang menjadi pilihan Siti Nurhaliza juga membuktikan lagu ciptaan anak Malaysia turut mendapat perhatian.

Sebelum ini penyertaan penyanyi tempatan ke pertandingan yang diadakan di Republik Kazakhstan sering dipandang rendah kerana Kazakhstan tidak terkenal seperti negara lain.

Kemenangan Siti Nurhaliza diharap dapat membuka mata pihak yang pernah mengkritik kerana di sini bukanlah satu pertandingan yang main-main.

Hadiah wang tunai yang dimenangi oleh Siti Nurhaliza sebanyak RM38,000 bukanlah satu jumlah yang kecil. Siti Nurhaliza menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti bakat seni rakyat Malaysia dihargai oleh di peringkat antarabangsa.

Kemenangan itu juga memberikannya peluang untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau bukan seorang jaguh kampung.

``Saya bersyukur dan mengharapkan kemenangan besar ini kerana selama ini peminat dan masyarakat hanya melihat kejayaan saya di dalam negara sahaja,'' kata Siti Nurhaliza kepada Utusan Malaysia.

Justeru itu beliau mengharapkan kemenangan ini akan melakar nama negara akan disusuli sokongan padu yang berterusan daripada semua pihak ke atas artis tempatan.

Siti Nurhaliza berkata, kemenangannya dalam Voice of Asia kali ini memberi peluang kepadanya mengukir kemampuan dirinya dengan penyanyi-penyanyi dari luar negara.

Semasa bertanding beliau mengakui merasakan dirinya kecil kerana sebilangan besar peserta negara lain mempunyai pengalaman yang luas.

``Berbekalkan semangat Malaysia Boleh, saya membuktikan bahawa malaysia mampu meriah kedudukan yang tinggi,'' katanya lagi.

Penyertaanya juga memberi kesempatan kepada beliau bertemu ramai penggiat muzik popular yang datang daripada latar yang berbeza.

Siti Nurhaliza juga mendapat peluang dan tawaran mengadakan persembahan dan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di negara-negara peserta.

Malah pihaknya juga turut membuat perbincangan wakil syarikat rakaman negara-negara peserta dan akan membuat tindakan susulan sekembali ke Malaysia nanti, katanya.

Kemenangan Siti dalam majlis yang dilangsungkan di Central Stadium, Almaty kelmarin disaksikan oleh lebih 5,000 penonton tempatan.

Datuk Bandar Almaty, Viktor Khrapunov menyampaikan hadiah berupa trofi bersalut emas dan wang tunai RM38,000 (AS$10,000)

Tempat pertama dimenangi oleh peserta Georgia, Veriko Tusahvili manakala di tempat kedua pula dimenangi oleh peserta Filipina, Arnee Hidalgo dan peserta tuan rumah, Takhmina Ashimvekova.

Dua pemenang tempat ketiga pula ialah Aldabergen Jaksybayev dari Kazakhstan dan penyanyi Bulgaria, Roberta.

Peserta-peserta lain yang bertanding ialah dari Singapura, Armenia, Malta, Latvia, Indonesia, Mongolia, China, Czchoslovakia dan Yugoslavia.

Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) yang menjadi perantara memilih penyanyi ke pertandingan tersebut berharapkan ia membuka mata.

Apatah lagi sebelum ini penyanyi yang pernah mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut tidak pernah mendapat perhatian pihak penaja, kata Presiden Wham Fauziah Rauf.

Walaupun mewakili negara, peserta ke pertandingan tersebut perlu membiayai sendiri sama ada menerusi syarikat rakaman ataupun perbelanjaan sendiri.

Siti Nurhaliza bertuah kerana pada saat-saat akhir pemergiannya, Edaran Otomobil Nasional (EON) menajanya sebanyak RM20,000. Siti Nurhaliza bersama rombongan yang diiringi oleh Fauziah, Pengarah Urusan Suria Records, Tan Su Loke, abangnya Ayie dan kakak iparnya Rozi kini berada di London.

Di London, Siti Nurhaliza akan menghiburkan rakyat Malaysia di sana dalam satu majlis makan malam yang diusahakan oleh Fauziah dengan pihak pengurusan Hotel Holiday Villa di London.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.