saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/08/2002

Niki bentuk penampilan sebagai pengacara

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
BIDANG pengacaraan mungkin agak asing bagi anggota kumpulan Princess, Niki, namun dia serius untuk menjayakan bidang tersebut. Apatah lagi bidang itu memberikan banyak pengalaman baru kepadanya.

Antaranya membentuk penampilan dan perwatakan supaya lebih berkeyakinan, kata Niki yang merupakan pengacara rancangan hiburan Rentak RTM.

``Cara bertutur, bergaya depan kamera dan menampilkan maklumat berkaitan bukan saja harus baik, tetapi yang penting ialah kita mampu menarik perhatian penonton.

``Secara tidak langsung saya menjadi lebih yakin dengan penampilan saya,'' akui gadis 21 tahun yang berasal dari Johor ini.

Kata Niki, dia juga semakin seronok dengan kerjaya itu lantaran pelbagai pengalaman baru terutama selok-belok menghasilkan sebuah rancangan hiburan.

``Walaupun saya seorang artis dan menjadi pengacara untuk rancangan bertemakan hiburan tetapi saya kaku juga pada mulanya.

``Namun berpeluang bekerja di belakang kamera adalah pengalaman baru untuk saya,'' kata Niki.

Menurut Niki melalui pengalaman pertamanya itu, dia berharap akan menerima lebih banyak peluang dalam bidang yang sama kelak.

Pun begitu, katanya, dia masih tidak berhasrat untuk mengetepikan kumpulan Princess.

Kata Niki, kumpulan yang turut dianggotai oleh Sherry, Fida dan Awin itu masih aktif dengan pertunjukan pentas walaupun kurang publisiti.

``Princess masih wujud dan masih mempunyai show di luar walaupun kami tidak sepopular kumpulan lain,'' kata Niki.

Menurut Niki, Princess yang sudah pun melahirkan album sulung mereka, Dunia, akan tetap mempertahankan nama mereka.

``Kami percaya kami mempunyai keistimewaan tersendiri. Antaranya kemampuan kami untuk menyampaikan lagu pelbagai rentak untuk peminat daripada pop, asli hingga dangdut,'' jelasnya.

Album Dunia juga mempertaruhkan konsep variasi daripada Princess.

Kini walaupun semakin popular secara solo melalui kerjayanya sebagai pengacara, Niki tidak pernah menyimpan niat untuk bertindak membelakangkan kumpulan tersebut.

``Apa yang penting ialah saya akan sentiasa membawa nama Princess bersama saya,'' katanya.

Mungkin agak aneh kedengarannya apabila artis baru sepertinya mengakui tidak mengejar populariti tetapi itu adalah pengakuan Niki.

Menurutnya, ia bukan bermaksud untuk mengecilkan makna populariti itu tetapi penglibatannya dalam dunia seni disasarkan pada satu perjalanan yang jauh.

Apa pun, kata Niki, dia agak keberatan untuk memasang angan-angan yang tinggi.

``Saya tidak berani memasang cita-cita yang tinggi lantaran tidak jelas apa yang bakal terjadi tetapi saya tidak akan berusaha separuh jalan,'' kata artis genit ini.

Perjalanannya dalam bidang seni itu akan terus diperluaskan. Dia juga berharap untuk berkecimpung dalam bidang lakonan andai berpeluang kelak.

Niki yang juga bertugas sebagai setiausaha di salah sebuah syarikat swasta mengakui dia beruntung kerana langkahnya dalam dunia seni sentiasa disokong oleh ibu bapanya.

``Bagi mereka saya penyambung seni mereka kerana bapa juga orang seni, cuma tidak berpeluang untuk memperluaskan bakatnya di peringkat lebih tinggi. Kini saya mempunyai peluang tersebut,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.