saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/09/2002

Bekas KM Pulau Pinang pertama meninggal dunia

PULAU PINANG 31 Ogos - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Wong Pow Nee meninggal dunia di rumahnya di Jalan Macalister dekat sini pukul 6.30 pagi ini kerana sakit tua.

Beliau berumur 91 tahun.

Pow Nee merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu mulai tahun 1957 hingga 1969.

Beliau merupakan pemimpin yang bertanggungjawab membaca perisytiharan kemerdekaan negara di Padang Kota Lama pada 31 Ogos, 45 tahun lalu.

Mendiang meninggalkan seorang balu iaitu Law Siew Kim serta 10 orang anak, tujuh lelaki dan tiga perempuan.

Pow Nee merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam dan pernah bertugas sebagai guru dari tahun 1938 sehingga 1941.

Beliau menyertai MCA pada 1949 dan memenangi kerusi Bukit Mertajam pada 1955 mengalahkan calon bebas Dr. M.P.L. Yegappan.

Beliau merupakan salah seorang pemimpin yang terlibat dalam Suruhanjaya Cobbold yang menyediakan rangka kerja bagi penyatuan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

Bagaimanapun, pada 1969, beliau gagal mempertahankan kerusi Bukit Mertajam apabila kalah kepada calon Gerakan, Datuk Oo Chooi Cheng.

Selepas melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau bertugas sebagai Duta Malaysia ke Itali dari tahun 1970 sehingga 1975.

Sementara itu antara kenamaan yang menziarahi mendiang hari ini ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Hilmi Yahaya dan Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri.

Ketika ditemui, Tsu Koon berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Menurut Tsu Koon, beliau menerima berita kematian Pow Nee kira-kira pukul 7.20 pagi menerusi seorang sahabat keluarga mendiang.

Katanya, kali terakhir beliau bertemu dengan Pow Nee ialah kira-kira tiga bulan lalu semasa melawat mendiang yang ketika itu menerima rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles dekat sini.

Menurutnya, semasa berkhidmat sebagai Ketua Menteri, mendiang dikenali sebagai seorang yang tekun dalam usaha membangunkan Pulau Pinang.

``Saya mengenali mendiang sejak saya kecil kerana pada masa itu, mendiang bapa saya Datuk Koh Pen Ting yang ketika itu Ketua MCA bahagian Bukit Bendera mempunyai hubungan rapat dengan beliau,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.