saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/09/2002

Mat Komando ditembak mati

PENDUDUK kampung melihat keadaan bangsal tempat Mat Komando ditembak mati di Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah, semalam.


Oleh: SOPHA SULAIMAN
ALOR SETAR 12 Sept. - Ketua Kumpulan Perompak 13, Mat Komando yang menjadi buruan polis sejak setahun lalu kerana terbabit dalam 52 rompakan berjumlah RM2.5 juta, mati ditembak dalam serbuan polis di Kampung Hujung Keton, Kubur Panjang, Pendang, hari ini.

Mat Komando yang nama sebenarnya Ahmad Mohd. Arshad, 37, yang telah beberapa kali memboloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa, akhirnya tumpas ketika berbalas tembak dengan polis di bangsal persembunyiannya, dekat sebuah rumah di kampung itu pada kira-kira pukul 6.30 pagi.

Dia yang cedera di kepala dan rusuk kiri mati di tempat kejadian, dengan kedua-dua tangannya masih memegang senjata api.

Sepucuk pistol semi automatik Colt. 45 beserta tiga butir peluru hidup ditemui pada tangan kiri Mat Komando manakala sepucuk revolver .22 beserta dua butir peluru hidup di sebelah tangan kanannya.

Dua kelongsong peluru turut dijumpai di sebelah tangan kanannya dan polis turut menemui wang tunai RM70 di bangsal itu.

Kematian Mat Komando itu bermakna berakhirnya Kumpulan Perompak 13 yang sangat dikehendaki polis itu.

Kesemua rakan Mat Komando telah pun tumpas sebelum ini sama ada mati dibunuh ataupun ditangkap.

Pada 1 Januari lepas, beliau berjaya melarikan diri ke dalam Hutan Simpan Pedu, Kuala Nerang ketika tiga rakannya ditembak mati.

Dua bulan lepas dia sekali lagi berjaya menghilangkan diri ketika polis menyerbu sebuah rumah di Taman Sahabat, Gemas, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai memberitahu ketika polis menyerbu bangsal itu, ia mempunyai maklumat bahawa Mat Komando mempunyai senjata api dan telah memintanya supaya menyerah diri.

Bagaimanapun pasukan petugas khas yang dianggotai oleh 10 orang pegawai polis tiba-tiba ditembak bertubi-tubi oleh Mat Komando, menyebabkan polis bertindak balas

``Kita sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan dan anggota kita juga perlu melindungi nyawa mereka apabila ditembak,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah di sini hari ini.

Norian menambah, polis juga menahan seorang lelaki berumur 39 tahun yang tinggal di rumah berhampiran tempat kejadian kerana disyaki melindungi Mat Komando.

Menurut Ketua Polis Negara, berikutan kejayaan polis menembak mati Mat Komando, ia menumpaskan kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki dan kini dengan rasmi menutup operasi `Ops Api Sawit' yang dilancarkan sejak setahun lalu.

Kata Norian, Mat Komando yang berasal dari Kampung Selengkoh, Yan, menjadikan bank-bank termasuk Bank Simpanan Nasional serta pemborong kelapa sawit sebagai sasarannya.

Oleh itu, tegasnya, polis menggunakan kod `Ops Api Sawit' bagi memburu kumpulan penjenayah itu.

Jelas beliau, penjenayah itu juga disyaki terlibat dalam dua kes curi kenderaan dan dua kes cubaan membunuh.

Menyorot buruan terhadap penjenayah itu, Norian berkata, Mat Komando terlepas dari kepungan polis di kawasan Hutan Simpan Pedu, dalam `Ops Api Sawit' pada awal Januari lalu.

Dalam serbuan itu tiga orang telah ditembak mati dalam dua kejadian manakala seorang rakannya diberkas dan kini sedang dibicarakan.

Pada 28 Julai lalu pula, Mat Komando dikesan menumpang tinggal di sebuah rumah di Taman Sahabat, Gemas tetapi dia berjaya memboloskan diri bersama rakannya, Shukri Hussain.

Polis menahan teman wanita Shukri dan merampas sepucuk senjata api milik Mat Komando.

Sementara itu, pada 6 Ogos lalu, Mat Komando dikesan bersembunyi bersama dua rakannya di sebuah bangsal Kampung Sungai Limau, Baling.

Di kampung tersebut, Mat Komando bersama rakannya dikatakan cuba membunuh Shukri dengan membelasahnya dengan teruk.

Bagaimanapun Shukri diberkas ketika dihantar ke Hospital Baling oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Norian, Mat Komando dan dua rakannya yang lain kemudian dikesan bersembunyi di sebuah rumah di Tikam Batu, Sungai Petani.

Bagaimanapun penjenayah itu berjaya menghilangkan diri sebelum polis bertindak memberkasnya. Polis turut memberkas beberapa orang rakannya yang dipercayai melindunginya.

Kumpulan Perompak 13 itu akhirnya tumpas apabila empat orang anggota termasuk ketuanya ditembak mati dan sembilan orang lagi berjaya diberkas.

Sementara itu, Norian menjelaskan polis tidak menjangka boleh mendapatkan semula kebanyakan hasil rompakan kumpulan itu yang berjumlah RM2.5 juta kerana kumpulan itu hidup dengan bergantung kepada hasil tersebut.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.