saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 16/09/2002

Filem murah bukan murahan

TEATER Gedebe arahan Namron kini telah diadaptasikan ke filem. Gedebe diadaptasi dari naskhah klasik, Julius Caesar karya William Shakespeare. Gedebe memberikan tafsiran kontemporari kepada masyarakat remaja punk di negara ini. Semasa dipentaskan, Gedebe memperlihatkan idea orang muda yang diangkat daripada karya klasik.

Gedebe arahan Namron ini berkonsepkan filem bebas dihasilkan dengan menggunakan kamera digital. Belanja Gedebe khabarnya sekitar RM20,000. Kelahiran Gedebe adalah keperluan semasa di mana filem dalam konteks masa kini bukan saja di layar lebar. Filem pada era digital adalah medium yang boleh memanfaatkan teknologi maklumat (IT).

Pawagam hanya menjadi salah satu daripada premis menonton filem. Malah keperluan pawagam pada era IT menjadi semakin kecil dan terasing dalam arus perubahan sosial. Filem kini boleh ditonton di rumah dalam format video cakera padat (VCD) atau menerusi laman web.

Namron pelakon utama filem Paloh adalah karyawan muda yang digilap oleh Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Filem bebas garapan generasi muda lebih kepada menghantar idea dan pemikiran daripada menjadi kelas sivik. Ini adalah sesuatu yang menarik tentang generasi muda. Kerana itu mereka tidak wajar dipinggirkan. Malah mereka adalah generasi yang akan membawa filem tempatan pada galur yang relevan dengan keperluan zaman.

Kehadiran pengarah filem bebas seperti Namron atau Amir Muhammad misalnya membuktikan nilai pemikiran dalam filem bukan ditentukan oleh belanja produksi yang besar. Ia juga tidak ditentukan oleh belanja pengurusan yang tidak masuk akal.

Dalam keriuhan kerana ada filem tempatan yang mengenakan khidmat pengurusan RM1.3 juta, elok juga dilihat filem murah seperti Gedebe ini. Di luar negara, karyawan filem bebas mengimbangi filem blockbuster murahan dari Hollywood. Maka pembangunan filem juga wajar mengambil kira satu alternatif pembikinan filem berbelanja murah.

Filem berbelanja murah ternyata telah membawa kejayaan. Filem Kaki Bakar misalnya dibuat dalam format video dengan belanja tidak lebih RM50,000 (tahun 1995). Kemudian membelanjakan RM200,000 untuk dipindahkan ke filem format 35mm. Filem ini berjaya di beberapa festival antarabangsa. Dalam negara, banyak menganggap Kaki Bakar gagal kerana tidak mencatat kutipan box-office.

Belanja membuat filem menjadi besar apabila melibatkan bintang-bintang popular sekalipun banyak yang tidak boleh berlakon. Tetapi bagi penerbit, bintang-bintang itu adalah pelaburan untuk menjual filem. Itu hanya salah satu cara menerbitkan filem. Tetapi pada masa sama kita tidak boleh menafikan kejayaan filem jenis lain.

Filem El Mariachi arahan Robert Rodriguez misalnya dihasilkan dengan belanja AS$7,000. Tetapi filem ini telah membawa Rodriguez ke Hollywood dan seterusnya menghasilkan Spy Kids 2: The Island of Lost Dream. Begitu juga dengan Blair Witch Project yang dihasilkan dengan kamera digital dan belanjanya hanya AS$22,000. Filem ini mencatatkan kutipan kasar AS$140 juta di Amerika saja.

Tentunya kita semua mengharapkan Gedebe boleh mencatatkan kejayaan sebagai karya seni dan juga memberikan pulangan kepada penerbitnya. Sama ada menggunakan video digital atau filem format 35mm, itu tidak lebih sebagai medium. Ukuran karya yang baik ialah menghantar pemikiran yang boleh dikongsikan dengan khalayak.

E-mel: [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.