saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/10/2002

Rem kecewa penyanyi lelaki diabaikan

Oleh ROSLI MANAH
PENYANYI Rem yang muncul dengan album terbarunya Setiap Waktu, terbitan Iman Wan itu hampir kecewa apabila melihatkan fenomena kemunculan penyanyi lelaki yang semakin hari semakin diabaikan.

Nisbah penerbitan album penyanyi lelaki berbanding penyanyi wanita terlalu rendah kerana kurangnya keyakinan daripada pelbagai pihak.

Rem berkata, daripada pemerhatiannya ramai penyanyi lelaki mempunyai suara yang bagus walaupun mereka tidak menonjol seperti penyanyi wanita.

Malah kata Rem, peminat juga sedar betapa sukarnya penyanyi lelaki mengharungi cabaran di dalam dunia hiburan.

``Saya pernah bertemu dengan seorang penyanyi lelaki yang mempunyai suara yang baik, namun beliau enggan merakam album kerana tidak yakin dengan penerimaan umum,'' kata artis NSR itu.

Rem harap perkara tersebut akan berubah apabila syarikat rakaman kembali mempercayai potensi penyanyi lelaki dengan menerbitkan lebih banyak album mereka.

Krisis kepercayaan syarikat rakaman itu membuatkan penyanyi lelaki seolah-olah menumpang dominasi penyanyi wanita, katanya.

``Penyanyi lelaki ibarat piring pelapik cawan sahaja kepada penyanyi wanita,'' kata Rem.

Namun ketiadaan album baru penyanyi lelaki itu memberi lebih peluang kepada Rem dan beberapa penyanyi yang masih ada peluang untuk merakam album baru.

``Kekuatan penyanyi lelaki tidak akan menonjol apabila tidak banyak album mereka di dalam pasaran,'' ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rem berkata, beliau kini sedang belajar bahasa asing untuk membolehkannya melebarkan sayap kerjayanya ke arena antarabangsa.

Pengetahuan banyak bahasa memberi satu kelebihan kepada seseorang penyanyi untuk menapak lebih jauh ke depan.

``Saya mula belajar bahasa Perancis untuk mencari peluang menyanyi di sana suatu hari nanti,'' katanya.

Kebetulan pengurus Rem yang berasal dari Perancis itu bakal membuka peluang kepadanya untuk mencapai cita-cita bertapak di negara tersebut.

``Untuk mendapat perhatian di tempat orang kita perlu menguasai bahasa mereka,'' tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.