saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/10/2002

Iskandar untuk tayangan 2003

FILEM Iskandar yang memaparkan banyak adegan pertarungan pelakon utamanya Awie dan diselitkan juga dengan situasi komedi itu dijangka akan dapat ditayangkan pada awal tahun 2003.

Pengarahnya, Nagaraj dari SV Productions berkata, filem kedua arahannya berdasarkan skrip karya Shamsul Cairel itu baru sahaja selesai menjalani kerja suntingan.

Menurut Nagaraj, apabila filem itu siap secara keseluruhan, ia akan dirujuk kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bagi mendapatkan kelulusan tarikh tayangan.

``Tahun 2002 kini sudah hampir berakhir, jadi saya yakin filem Iskandar hanya akan dapat ditayangkan pada tahun baru 2003 dan terserah kepada Finas untuk menentukan tarikh sebenar tayangannya.

``Lagipun sekarang banyak filem lain yang sudah menunggu tarikh tayangan, termasuk untuk Hari Raya Aidilfitri akan datang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Petaling Jaya semalam.

Turut membintangi Iskandar ialah Jeslina Hashim, Jalaluddin Hassan, Norazli Noh, Farouk Hussain, Hetty Sarlene, Bob Lokman, Radhi Khalid, Aleeza Kassim, Terry Gallyot (Mr. Asia `99), Ameng (Spring), Maidin, Accapan, Bob Khairil dan ramai lagi.

``Saya percaya Iskandar akan menghiburkan penonton dan filem itu telah melakukan penggambarannya di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sejak pertengahan tahun ini,'' katanya.

Sebelum ini Nagaraj telah mengarahkan filem Getaran juga lakonan Awie sebagai hero yang mendapat sambutan hebat di pawagam seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.