saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 26/10/2002

Kay Marine dapat tempahan bot peronda laju RM43 juta

KUALA TERENGGANU 25 Okt. - Kay Marine Sdn. Bhd., syarikat perkapalan milik penuh bumiputera sedang menyiapkan tempahan sebanyak tujuh buah unit bot ronda laju bernilai RM43 juta.

Pengarah Urusannya, Khamarudin Mansor berkata, bot-bot yang dalam pembinaan itu melibatkan tiga buah daripada jenis Catamaran sepanjang 24 meter dan dua buah bot pendarat 26 meter bagi kegunaan Jabatan Laut Semenanjung.

Beliau berkata, manakala dua unit lagi adalah melibatkan pembinaan bot dari jenis bot penyerang sepanjang 10 meter untuk kegunaan Jabatan Perikanan.

``Pembinaan bot jenis Catamaran yang bernilai RM21 juta dijangka siap pada Ogos tahun hadapan manakala bon pendarat yang bernilai RM20 juta dijangka siap pada Februari 2004.

``Bagi pembinaan bot ronda laju jenis bot penyerang yang bernilai RM2 juta pula dijangka disiapkan pada bulan Jun tahun hadapan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan kunci bot ronda laju jenis `Rigid Inflatable Boat' (RIB) bernilai RM550,000 kepada Jabatan Kastam di sini semalam.

Kunci itu diserahkan kepada Ketua Pengarah Kastam, Datuk Abdul Halil Abdul Mutalib selepas mendegar taklimat daripada Khamarudin.

Bot sepanjang enam meter yang diperbuat daripada aluminium dengan kelajuan 50 knot (80 kilometer sejam) itu diserahkan kepada Jabatan Kastam selama enam bulan bagi tujuan uji nilai.

Menurut Khamarudin, RIB yang dilengkapi dua unit enjin Johnson dan Evinrude amat sesuai bagi kegunaan Kastam dalam mengadakan operasi di sekitar perairan negara ini.

``Bot jenis ini tidak akan tenggelam dan ia diperbuat berdasarkan keperluan teknologi dalam negeri dengan reka bentuk daripada Australia dan Belanda,'' ujarnya.

Beliau berkata, sebelum ini Kay Marine telah menyiapkan tempahan sebanyak 30 unit bot ronda laju yang bernilai RM70 juta termasuk dari jenis RIB.

Katanya, sebahagian bot-bot ronda laju itu adalah untuk kegunaan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Coast Guard, Jabatan Laut Semenanjung dan Polis Marin.

Menurut Khamarudin, selaras dengan permintaan membina bot- bot laju yang semakin menggalakkan pihaknya akan membina sebuah bangunan perkapalan yang baru di Kampung Batin, Seberang Takir di sini.

``Projek yang menelan belanja kira-kira RM10 juta itu dijangka siap pada pertengahan tahun 2004,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.