saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/10/2002

Siti Nurhaliza jumpa doktor pakar di Shanghai

KUNJUNGAN penyanyi terkenal tanah air, Siti Nurhaliza ke Shanghai, China baru-baru ini bukanlah kunjungan kali pertama.

Sebaliknya, kunjungan tersebut merupakan kali ketiga atas urusan kerjaya seninya.

Bagaimanapun, kunjungan Siti kali ini tidak semeriah dahulu.

Ini kerana ketika berada di Shanghai baru-baru ini Siti menghidap selesema dan batuk yang berpanjangan.

Ekoran keadaannya itu, penghibur berusia 23 tahun itu dibawa oleh Pengarah Urusan Suria Records, Tan Su Loke yang mengiringi Siti ke sana berjumpa doktor pakar.

``Siti dibawa oleh Mr. Tan (Su Loke) berjumpa dengan salah seorang doktor pakar kerana keadaan Siti pada ketika itu benar-benar tidak mengizinkan Siti untuk mengadakan persembahan,'' cerita Siti ketika ditemui, Selasa lalu.

Berbeza dengan kaedah perubatan di Malaysia, ketika di Shanghai Siti diberikan ubat berasaskan herba yang juga merupakan amalan tradisi masyarakat Cina di negara itu.

``Ubat yang doktor beri pada Siti punyalah pahit sampai susah untuk Siti telan,'' katanya lagi.

Bagaimanapun, kata Siti, mahu atau tidak dia terpaksa menelan juga ubat berkenaan kerana dia perlu mengadakan persembahan demi negara.

Tidak cukup dengan pengalaman makan ubat paling pahit sepanjang hayatnya, Siti turut memberitahu, setibanya di lapangan terbang di Shanghai, dia melalui keadaan yang cemas kerana begnya tidak tiba biarpun dia dan rombongannya sudah menjejak kaki di sana.

Apa yang merisaukan Siti ialah, kesemua pakaian untuk mengadakan persembahan di Shanghai terisi dalam beg berkenaan.

``Oleh kerana tidak mahu mengambil risiko menunggu beg, Siti terpaksa membeli pakaian baru di sana pula,'' ujarnya lagi.

Nasib Siti baik kerana seperti dijanjikan oleh pengurusan lapangan terbang, begnya itu akhirnya dihantar ke bilik hotelnya beberapa jam sebelum dia mengadakan persembahan.

Pemergian Siti ke Shanghai selama lapan hari adalah kerana memenuhi jemputan penganjur Festival Muzik Asia Shanghai.

Selain Siti, penganjur turut menggabungkan Siti dengan seorang penyanyi terkenal dari Azerbaijan dan dua penyanyi dari negara tuan rumah.

Keempat-empat mereka merupakan bekas pemenang Shanghai Music Festival yang diundang untuk memeriahkan festival berkenaan yang dianjurkan secara gilang-gemilang di Shanghai dan Huangzhou.

Selain ditemani Tan Su Loke, rombongan Siti turut disertai abangnya, Saiful Bahri dan adiknya, Siti Saerah.

Ketika di sana juga, Siti berjaya menarik perhatian masyarakat di sana apabila menyampaikan lagu Mandarin berjudul Zheng Fun yang pernah dipopularkan oleh artis terkenal China, Na Ying.

Lagu itu disampaikan oleh Siti pada malam persembahan di Huangzhou dan ditonton lebih 4,000 penonton.

``Siti terharu kerana masyarakat di sana menerima dengan baik cara Siti menyampaikan lagu itu biarpun Siti tidak boleh menguasai bahasa Mandarin dengan baik,'' ujar Siti lagi.

Siti turut menyampaikan lagu Percayalah, Nirmala dan A New Day Has Come (lagu nyanyian Celine Dion) ketika mengadakan persembahan di sana.

Yang pasti, Siti turut membawa pulang pengalaman manis yang akan tersimpan rapi di kotak fikirannya.

Kunjungan ke Shanghai, China juga melengkapkan perjalanan Siti ke sembilan buah negara luar dalam tempoh enam tahun. Semuanya semata-mata kerana kerjaya seninya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.