saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/11/2002

Raja Kartun Malaysia meninggal

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Raja Kartun Malaysia, Rejab Had, 63, atau lebih dikenali sebagai Rejabhad meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) malam tadi setelah mengadu sakit dada ketika sedang bertugas.

Allahyarham Rejab yang berasal dari Kampung Titi Timbul Permatang Pauh, Pulau Pinang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 malam setelah dimasukkan ke HUKM pada sebelah petang.

Jenazah beliau selamat dikebumikan pagi ini di tanah perkuburan Kampung Malaysia, Sungai Besi.

Menurut isterinya, Aminah Zainab, 55, pemergian Allahyarham amat mengejutkan kerana Allahyarham tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius.

``Allahyarham dimasukkan ke HUKM setelah beliau mengadu sakit dada ketika bertugas di majalah Gila-Gila,'' katanya.

Hasil perkongsian hidupnya bersama Allahyarham, mereka telah dikurniakan empat orang anak yang kesemuanya perempuan.

Sementara itu, rakan sepejabat Allahyarham Rejab, Aminuddin Ahmad berkata, pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar dalam bidang kartun negara.

``Kami rakan-rakan kartunis berasa amat sedih dengan pemergian beliau memandangkan jasa dan bakti beliau dalam bidang ini tiada bandingnya terutama dalam membimbing kartunis muda,'' ujarnya.

Allahyarham Rejab pernah berkhidmat dalam tentera sebelum mengabdikan diri dengan dunia kartun bersama-sama majalah Gila-Gila sejak tahun 1978 sehinggalah ke saat kematiannya.

Antara karyanya yang amat meninggalkan kesan kepada pembaca adalah seperti siri Periwira Mat Gila, Tan Tin Tun dan Prebet Darbus.

Menurut Aminuddin lagi, hajat terakhir beliau yang belum kesampaian adalah untuk mewujudkan galerinya sendiri di Kuala Lumpur seperti yang terdapat di Perpustakaan Seberang Jaya di negeri kelahirannya Pulau Pinang.

``Sejak akhir-akhir ini, Allahyarham selalu bercerita mengenai hajatnya itu, di mana beliau ingin menempatkan karyanya dan koleksi majalah serta kartun di galeri ini,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.