saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 09/11/2002

Gelanggang Tok Wali - Ibarat `belut pulang ke lumpur'

SATU babak teater Gelanggang Tok Wali lakonan Zubairi Awang Samah (kiri), Hamdan Ismail dan Norhana Mohd. Noor di Temerloh, Pahang baru-baru ini.


Oleh NAZERI NONG SAMAH
PEMENTASAN teater Gelanggang Tok Wali di Dewan Tun Abdul Razak, Temerloh, Pahang baru-baru ini boleh diibaratkan seperti `belut pulang ke lumpur'. Ini kerana kesediaan pengarah teater ini, Roslan Madon yang kembali berbakti ke kampung halamannya.

Sebelum ini Roslan pernah berhijrah beberapa tahun ke Kuala Lumpur dan aktif sebagai penulis, penyair, penyanyi lagu-lagu rakyat Pahang, pelakon serta pengarah drama swasta.

Menyedari kegiatan kesenian di daerah asalnya begitu suram, maka Roslan ibarat pendekar yang baru balik dari pertapaan kembali berjuang membawa obor untuk menerangi taman seninya.

Bagi mereka yang pernah mengikuti perkembangan kesenian beberapa dekad sejak tahun 1950-an sehingga 1970-an sudah pasti dapat mengimbau kembali nostalgia kehebatan dunia teater di Temerloh.

Pada tahun 1950-an antara yang giat mengadakan persembahan teater propaganda bagi menentang penjajahan British ialah Seniman Allahyarham Datuk S. Roomai Noor. Ini berlaku sebelum beliau berhijrah ke Singapura untuk menceburi bidang perfileman.

Kemudian pada tahun 1970-an nama seperti L. Mankadir Shamsi dan rakan-rakannya amat popular sehinggalah beliau berhijrah ke Kuala Lumpur menjadi penulis, pelakon dan pengarah drama swasta.

Ekoran penghijrahan beberapa aktivis itu mengakibatkan kegiatan teater di Temerloh seolah-olah mati. Kemunculan semula Roslan diharap dapat menghidupkan kembali kegiatan tersebut.

Sebenarnya mementaskan teater bukan sekadar `melepaskan batu di tangga' atau untuk glamour sebaliknya menuntut kejujuran, kreativiti, pengorbanan dan kesungguhan.

Ini kerana teater yang baik mempunyai peranan yang besar untuk menerapkan falsafah serta mesej berkesan kepada penonton. Ia bertujuan seupaya mereka dapat berfikir apabila setiap pengarah, pelakon dan semua kerabat kerjanya mampu menterjemahkan dengan sempurna naskhah yang dipilih.

Menerusi naskhah Gelanggang Tok Wali karya Ismail Kassan ternyata ia memiliki kekuatan tersendiri dari aspek lakonan dan props yang digunakan. Penghayatan lakonan yang sempurna berjaya menitiskan air mata penonton.

Gelanggang Tok Wali menyampaikan mesej bahawa seorang guru silat (Tok Wali) berhadapan dengan konflik usia tua.

Namun, jiwanya masih mahu terus aktif mengajar silat dan kadang-kadang merasa bongkak dengan kebolehan ilmu persilatan. Ini mengakibatkan keris kesayanggannya menjadi senjata yang membunuhnya ketika bergelut dengan seorang penagih dadah.

Drama Gelanggang Tok Wali yang disesuaikan dengan latar setempat itu dijayakan oleh para pelakon tempatan yang pernah mencipta nama di peringkat negeri.

Mereka ialah Hamdan Ismail (Tok Wali), Mardiana Mohd. Noor (Mak Umi), Zubairi Awang Samah (Ripin), Samaruddin Buman (Tok Imam), Abdul Razak Yusof (Tok Siak), Norhana Mohd. Noor (Mariam) dan Zaharudin Yusof (Piee).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.