saya nak baca ..

TENTERA


ARKIB : 09/11/2002

Michael - Peristiwa ditembak musuh dalam ingatan

Oleh RADHUAN HUSSAIN
MEJAR Michael Riman ak Bugat, 50, tidak pernah menyesal menyertai pasukan keselamatan biarpun menjadi mangsa tembakan pengganas komunis 23 tahun lalu. Kesan kecederaan akibat ditembusi sebutir peluru musuh di tangan kanannya masih terasa dan beliau kini terpaksa menggolongkan dirinya senasib dengan orang kurang upaya.

Pergerakan jari tangan kanannya untuk menulis tidak lagi sepantas dulu malah kerja-kerja pejabat terpaksa dikendalikan dalam keadaan yang agak `tidak selesa'.

Dua jari Michael, jari telunjuk dan jari hantunya tidak lagi berfungsi dengan sempurna. Disentuh, dicubit malah dicucuk dengan benda tajam sekalipun tidak terasa.

Melihat pula pada dua kesan parut antara siku dan pergelangan tangan kanannya akibat tembakan jelas membayangkan penderitaannya yang tidak berkesudahan.

Apa tidaknya, sebahagian besar tulang antara dua pergelangan itu hancur berkecai.

Sambil merenung jauh mengimbau semula detik hitam yang dialaminya, Michael berkata, peristiwa itu berlaku kira-kira pukul 3 petang 1 Jun 1979 sewaktu beliau mengetuai Operasi Setia menghadapi segerombolan musuh di Hutan Simpan Korbu, Pos Legap, Perak.

Beliau yang ketika itu menjadi ketua seksyen berpangkat koperal sedang menumpukan sepenuh perhatian mengacu senjatanya ke arah musuh yang sedang berselindung, sebelum picu dibedik.

Ketika berbalas tembak, tiba-tiba Michael rebah menyembah bumi. Namun semangat perwira mengatasi segalanya dan dalam keadaan kelam kabut itu Michael cuba bangkit semula sambil berusaha mencapai senjata di sebelahnya.

Namun beliau gagal berbuat demikian sebelum menyedari tangan kanannya cedera terkena tembakan.

Saat itu hatinya berkata: ``Rupanya tangan ku cedera ditembak, patutlah sukar nak bangun semula.''

``Lepas itu baru saya terasa kesakitan, darah tak putus-putus keluar dan saya waktu itu sudah tak bermaya lagi sebelum menunggu bantuan tiba,'' katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana peluru musuh itu hanya mengenai tangan dan bukan bahagian badan yang lain.

``Kalau kena dada, agaknya saya sudah mati,'' kata anak keenam daripada lapan beradik yang berasal dari Kampung Sepauh, Betong, Sarawak.

Dalam pertempuran itu, lima musuh berjaya dibunuh manakala dua anggota keselamatan turut terkorban.

Berikutan itu, Michael yang kini berusia 50 tahun dikurniakan Pingat Gagah Berani (PGB) pada 1 Jun 1984.

Anugerah tersebut meningkatkan lagi semangatnya untuk terus menabur bakti kepada tanah air tercinta walaupun cabaran ketika menentang musuh di era ini tidak lagi sehebat dahulu.

``Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku kepada diri saya, sebaliknya tetap tabah dan apa yang penting saya bangga menjadi tentera,'' katanya.

Mengimbas penyertaan dalam tentera, Michael berkata, beliau menyertai pasukan itu kira-kira 30 tahun lalu kerana tertarik dengan ketangkasan tentera British sewaktu menghadapi konfrontasi dengan Indonesia.

Bermula sebagai rekrut tentera darat pada 22 Jun 1973, beliau kemudiannya diserapkan ke dalam kumpulan pertama Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) di Kem Terendak, Melaka dengan menyertai Platun Kilat atau Platun Ngalaban.

Waktu itu, beliau terbabit dalam beberapa siri pertempuran bermula pada 9 Oktober 1976 di Kampung Serangan, Lundu, Sarawak. Kemudian pada 26 Disember 1977 di Gopeng, Perak.

Dalam kedua-dua operasi itu beliau berjaya membunuh dua orang pengganas komunis.

Sebelum memikul tugas mengendalikan urusan logistik sebagai Kuarters Master (KM) sekarang di Rejimen 511 Askar Wataniah dekat Batu 7, Kuching, beliau pernah menyandang tugas yang sama di kem Bau disusuli Markas 1 Divisyen, Sekolah Tentera Darat di Ulu Tiram Johor dan Maktab Tentera Darat Sungai Besi.

Beliau juga berhasrat menceburi bidang perniagaan apabila bersara dua tahun lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.