saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/01/2003

Rozita Izlyn belum mahu ucap `sayonara'

WALAUPUN sudah bergelar isteri pada 28 Disember lalu namun Rozita Izlyn, 27, tidak berniat untuk mengucapkan `sayonara' kepada bidang nyanyian.

Ini kerana suaminya Banyjin Abdul Rashid, 27, memahami kehendak hatinya yang begitu meminati bidang seni.

Lagipun sewaktu mereka mula berkenalan enam tahun lalu, Bany sudah mengetahui bahawa gadis yang dikenalinya itu adalah seorang penyanyi.

Rozita yang telah mengikat tali pertunangan dengan Bany pada 11 November tahun lalu berkata, status sebagai isteri bukanlah halangan untuknya terus berkecimpung di dalam bidang yang diminatinya.

Graduan Sarjana Muda Muzik dari UiTM Shah Alam ini berkata, suaminya tidak pernah menghalangnya untuk menyanyi.

``Bany faham dengan kehendak saya. Beliau seorang yang senang untuk didekati dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang kami berkenalan,'' kata Rozita.

Sebagai seorang isteri, Rozita ingin menumpukan perhatian pada rumah tangga dan kerjaya. Beliau juga bercita-cita untuk menyambung pelajaran di dalam bidang muzik.

Rozita, anak ketiga daripada tujuh beradik selamat dinikahkan dengan Bany oleh Imam Rasa Martijo, juru nikah Zon 17, Shah Alam di surau Ir-Shaadiah selepas Maghrib, Sabtu lalu.

Seperti pasangan pengantin baru yang lain, Rozita dan suaminya juga merancang untuk pergi berbulan madu. Bagaimanapun mereka hanya mempunyai kelapangan waktu pada Mac depan.

Ini kerana suaminya suaminya yang bertugas sebagai eksekutif teknologi maklumat di Affin OUB Security sibuk melanjutkan pelajaran di Malaysia Institute of Management (MIM), Kuala Lumpur.

``Dalam waktu terdekat ini mungkin kami akan berbulan madu di tempat yang dekat saja. Selepas itu mungkin kami akan ke Belanda.

``Waktu itu Bany akan menjalani peperiksaan untuk peringkat Ijazah Sarjana, jadi kami mengambil peluang itu untuk berbulan madu,'' katanya sambil tersenyum.

Dalam majlis yang meriah itu, Rozita juga turut menghadiahkan setiap hadirin dengan hasil kerja tangannya, pot pouri untuk dibawa pulang.

Beliau telah membuat pot pouri sebanyak 2,500 unit untuk diberikan kepada tetamu sejak dua bulan sebelum tarikh perkahwinannya.

Turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan tersebut ialah Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin; Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Abu Sujak Mahmud; Datin Suliza Salam, S. Atan, Nurhaida dan peminatnya.

Menyentuh mengenai kariernya pula, Rozita berkata dalam waktu terdekat ini beliau akan berbincang dengan syarikat Varia Muzik tentang konsep album yang bakal dirakam nanti.

``Kami belum berbincang lagi bilakah masanya saya akan memasuki studio untuk rakaman. Tengoklah bila sudah berbincang nanti barulah saya tahu konsep yang dikehendaki oleh syarikat,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.