saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/01/2003

Sakaran akhiri tempoh sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU 31 Dis. - Tun Sakaran Dandai hari ini menamatkan tempoh perkhidmatan selaku Yang Dipertua Negeri Sabah yang kelapan selepas lapan tahun menyandang jawatan itu.

Satu istiadat selamat berangkat diadakan di Istana Negeri di sini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Chong Kah Kiat, menteri-menteri Kabinet, pemimpin politik, pembantu menteri serta pegawai kanan persekutuan dan negeri.

Upacara ringkas tetapi penuh istiadat itu bermula pukul 10 pagi dengan ketibaan Sakaran dan isteri, Toh Puah Hajah Siti Rukaiyah Panglima Abdullah yang diikuti dengan jamuan ringan bersama dif-dif kehormat.

Sakaran kemudian melakukan upacara pemeriksaan kawalan kehormat sebelum lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dimainkan oleh pancaragam Polis Diraja Malaysia.

Selepas bacaan doa, beliau kemudian bersalam-salaman dengan dif-dif kehormat yang berbaris di perkarangan istana sambil berjalan menuju ke kenderaan.

Beberapa daripada mereka yang hadir pada majlis itu kelihatan menitiskan airmata.

Sakaran, 72, yang memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai menteri persekutuan dan Ketua Menteri, mula memegang jawatan Yang Dipertua Negeri pada 1 Januari 1995 dan kemudian disambung semula untuk satu penggal lagi pada Januari 1999.

Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmadshah Abdullah, yang menggantikan Sakaran, akan mengangkat sumpah jawatan selaku Yang Dipertua Negeri Sabah yang kesembilan di Istana Negeri esok. - Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.