saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 01/01/2003

Penolong kanan sekolah perlu bekerja setimpal elaun diberi

Saudara Pengarang,
SAYA tidak puas hati dengan keputusan Kementerian Pendidikan memberikan elaun tanggungjawab sebanyak RM60 sehingga RM120 sebulan kepada semua penolong kanan sekolah Gred A bermula November 2001 ketika pelbagai isu berkaitan guru masih belum selesai.

Pemberian elaun ini, susulan daripada pemberian elaun yang sama kepada semua guru besar dan pengetua sebanyak RM100 sehingga RM150 sebelum ini seolah-olah memberi mereka satu/dua lagi Anugerah Khidmat Cemerlang Melintang.

Saya harap pemberian/anugerah yang cukup lumayan ini akan memberi semangat kepada semua golongan pentadbir sekolah supaya mengambil langkah-langkah berikut:

* Mengambil alih tugas penting seperti Setiausaha Peperiksaan, Guru Pusat Sumber, Setiausaha Sukan dan lain-lain daripada guru biasa memandangkan tugas mengajar mereka pun tidaklah banyak.

* Tidak membebankan guru-guru biasa dengan kerja pentadbiran supaya guru-guru biasa dapat menjalankan tugas mengajar dengan sempurna.

Sekiranya mereka tidak mampu melakukan tugas-tugas tersebut, kementerian hendaklah memberi imbuhan/insentif kepada guru-guru biasa yang membuat kerja tersebut. - GURU DEDIKASI, Kota Bharu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.