saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 02/01/2003

BN tentukan nasib dua ADUN MCA 7 Januari

Oleh:ZULKIFLI JALIL
PULAU PINANG 1 Jan. - Nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Lim Boo Chang dan Tan Cheng Liang dari Jawi sama ada perlu diisytiharkan sebagai ADUN Bebas atau kekal dalam Barisan Nasional (BN) akan ditentukan oleh Dewan Tertinggi parti pemerintah itu yang bermesyuarat pada 7 Januari ini.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Mohamed Rahmat berkata, kedudukan kedua-duanya akan dimuktamadkan selepas digantung keahlian tanpa had masa oleh Majlis Presiden MCA kerana berkecuali dalam menentang usul DAP pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, November lalu.

Tegasnya, walaupun MCA telah mengambil tindakan disiplin terhadap kedua-dua wakil rakyatnya itu, langkah tersebut dilihat masih tidak memadai kerana tidak menepati semangat BN.

``BN akan mengambil tindakan lanjut ke atas kedua-dua ADUN terbabit memandangkan hukuman yang dikenakan oleh MCA itu kelihatan masih kabur. Walaupun Boo Chang dan Cheng Liang merupakan ahli MCA, mereka masih di bawah tanggungjawab BN kerana mewakili parti pemerintah ini.

``Oleh itu, kedudukan kedua-duanya akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN yang akan bermesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Selasa ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas kedudukan Boo Chang dan Cheng Liang sebagai ADUN BN yang masih menjadi tanda-tanya selepas MCA menggantung keahlian mereka kerana tidak mengundi menentang usul DAP yang mendesak projek Persekutuan, Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) ditangguhkan.

Tindakan kedua-duanya menimbulkan kemarahan parti-parti komponen BN lain terutama Gerakan dan UMNO yang mahu mereka dipecat daripada BN.

Bulan lalu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, BN akan membincangkan sama ada memadai tindakan MCA menggantung keahlian tanpa had masa dua wakil rakyatnya yang berkecuali dalam pengundian usul DAP.

Menurut Perdana Menteri, Majlis Tertinggi (MT) UMNO sendiri berpendapat perkara itu adalah serius dan perlu dirujuk kepada BN secepat mungkin.

Sehingga Isnin lalu, selepas 14 hari tempoh masa diberikan oleh MCA kepada kedua-duanya untuk mengemukakan rayuan tamat, hanya Cheng Liang masih belum diketahui sama ada telah berbuat demikian.

Boo Chang bagaimanapun bertekad tidak akan merayu, malah bersedia diisytiharkan sebagai ADUN Bebas.

Boo Chang dan Cheng Liang tidak mengundi ketika pengundian usul yang dibawa oleh Law Heng Kiang (DAP-Batu Lanchang) yang mahu kerajaan negeri menangguhkan dulu pelaksanaan PORR sehingga projek Lebuh Raya Jelutong (JE) yang bernilai RM400 juta siap dibina.

Sementara itu, Mohamed berkata, beliau akan membangkitkan cadangan untuk meminda perlembagaan BN pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.