saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/01/2003

Haslinda -- Misteri kehilangan terjawab


Haslinda.


Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
POPULARITI drama bersiri Cinderella tiga tahun lalu turut membawa tempias kepada pendatang baru dalam dunia hiburan ketika itu, Haslinda. Lagu nyanyiannya Sehati Sejiwa yang menjadi tema drama yang berlokasi New Zealand segera menjulang nama Haslinda ke takah yang tinggi.

Pada saat `demam Cinderella' menular seluruh negara dengan rating yang tinggi, lagu Sehati Sejiwa juga menjadi siulan peminat drama terbitan Kuasatek Pictures itu.

Banyak yang meramalkan Haslinda bakal mencipta nama yang lebih gemilang dalam dunia seni suara selepas itu. Namun, tuah tidak menjadi milik semua orang. Itulah yang berlaku kepada penyanyi kecil molek bersuara lantang ini.

Beberapa lama setelah tamatnya drama bersiri lakonan Haliza Misbun dan Ahmad Idham itu, Haslinda ternyata payah untuk mengekalkan popularitinya. Dia kemudiannya terus menyepikan diri.

Bertemu dengan gadis manis berusia 24 tahun baru-baru ini, ternyata Haslinda sebenarnya tidak pernah merajuk jauh sekali kecewa dengan industri hiburan.

Meskipun kelihatan nasib tidak memihak kepadanya, Haslinda cukup positif dan menjelaskan tanda tanya kehilangan dan penyepiannya hampir tiga tahun.

``Saya tidak ke mana-mana. Bukan juga kecewa kerana gagal dengan album yang lalu. Sebaliknya saya mempunyai banyak urusan yang perlu dibereskan atas permintaan keluarga,'' katanya yang mengakui bangga dengan kejayaan lagu Sehati Sejiwa melalui album sulungnya itu.

Haslinda kini menguruskan perniagaan milik keluarganya di Pelabuhan Kelang, Selangor sejak beberapa tahun lalu. Justeru kerana tugasnya yang sibuk itu, dia harus belajar membahagikan masa. Pilihan yang paling tepat ialah berehat seketika daripada menyanyi.

Dalam tempoh tiga tahun itulah Haslinda berpeluang untuk meneliti dan mengkaji segala kekurangan diri bagi memperbaiki kelemahannya.

``Ada waktunya kita perlu duduk, lapangkan hati dan berfikir ke mana arah dan haluan seterusnya. Saya banyak belajar dan berfikir dalam tempoh rehat ini,'' katanya yang baru sahaja menandatangani perjanjian kontrak baru dengan syarikat rakaman Audio One.

Melalui kontrak baru itu Haslinda akan muncul dengan album kompilasi bersama penyanyi baru sebelum muncul dengan album solo kedua. Bagaimanapun, semuanya masih di dalam perbincangan.

``Saya fikir sudah masanya untuk saya kembali kerana saya sudah bersedia untuk kembali menemui peminat. Kali ini saya tidak mahu lagi dikatakan menumpang populariti mana-mana pihak seperti berlaku sebelum ini. Saya mahu peminat menilai kebolehan saya sebagai penyanyi yang berbakat,'' katanya.

Kemunculan semula itu bererti Haslinda terpaksa bersaing dengan bakat baru yang kebanyakannya hebat dan bergaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.