saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/01/2003

Keliru menepati ciri juara

SETIAP kali selesai sesebuah pertandingan ada sahaja terdengar pelbagai suara yang melahirkan rasa tidak puas hati.

Anugerah Juara Lagu Ke-17 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra kelmarin juga timbul rasa tidak puas hati apabila lagu Keliru menang.

Sebaik selesai majlis, pihak media dikhabarkan lagu itu bukanlah lagu pilihan panel juri.

Ketua panel juri, Datuk Johari Salleh yang ditanya kesahihannya berkata, sebagai ketua juri beliau telah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan bukan bidang kuasanya jika ada pihak yang tidak berpuas hati.

``Orang telah meletak kepercayaan kepada saya dan juri lain untuk menilainya dan kami telah melaksanakan dengan betul, malah ada juru audit yang dilantik,'' kata beliau.

Lagu Keliru layak dipilih sebagai juara sebab ia menepati ciri-ciri yang dikehendaki dalam sesuatu pertandingan lagu.

``Sesebuah lagu mestilah menarik, ada gaya tersendiri, senang diingat, ringkas atau menjadi siulan orang ramai dan Keliru menepati ciri-ciri tersebut'' jelas Johari lagi.

``Dalam penentuan juara, tidak ada lagu yang sama markahnya dan setiap lagu mempunyai kelebihan tersendiri,'' jelasnya.

Beliau juga menganggap rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap keputusan yang dibuat adalah perkara biasa.

Selama ini peminat muzik tempatan seakan-akan sudah sebati dengan keputusan bahawa Juara Lagu mesti yang berirama tradisional Malaysia atau balada.

Apabila irama lain yang di luar jangkaan diumumkan sebagai juara, timbullah pelbagai cerita, jelas Johari lagi.

Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-17:

Anugerah Juara Lagu
Keliru ciptaan Aidit Alfian-nyanyian Ajai

dan Nurul

Juara kategori Irama Malaysia
Nirmala ciptaan Pak Ngah dan lirik oleh

Che Kem - nyanyian Siti Nurhaliza

Juara kategori Balada
Menadah Gerimis ciptaan Azmeer - nyanyian Ziana Zain

Juara kategori Pop Rock
Keliru ciptaan Aidit Alfian - nyanyian Ajai dan Nurul

Vokal Terbaik
Liza Hanim (Gelisah Mimpi)

Persembahan Terbaik
Siti Nurhaliza (Nirmala)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.