saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 22/01/2003

Dua mayat komando TUDM ditemui, satu selamat

SARJAN Udara Saad Che Omar (gambar kecil) yang ditemui selamat di perairan Tanjung Siang, Kota Tinggi dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, sejurus tiba dengan helikopter Nuri TUDM petang semalam.


KOTA TINGGI 21 Jan. - Seorang lagi anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat manakala dua rakannya yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan Mersing sejak pagi Ahad lalu ditemui mati di perairan Kota Tinggi, hari ini.

Sarjan Udara Saad Che Omar, 34, dari Jitra, Kedah dijumpai oleh Unit Udara Polis dalam keadaan selamat kira-kira dua batu nautika dari Tanjung Siang, dekat sini pada pukul 6.05 petang - setelah terapung di laut bergelora lebih 55 jam.

Mayat Koperal Udara Asrul Abdul Rahman, 27, dan Koperal Udara Ayob Sidik, 27, pula ditemui kira-kira 2.8 batu nautika dari Tanjung Gemoh, juga dekat sini, pada pukul 8.55 pagi.

Anggota tentera yang selamat itu ditemui terapung di laut dalam keadaan lemah tetapi masih mampu membuka kedua-dua matanya.

Beliau kemudian dibawa naik ke darat oleh helikopter Nuri TUDM pada pukul 6.30 petang dan terus dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

Mayat dua anggota pasukan itu pula dijumpai tersangkut pada tali pukat yang di pasang nelayan tempatan oleh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kris yang diketuai oleh Leftenan Komander Anuar Mohamed.

Mayat Koperal Udara Asrul Abdul Rahman, 27, dan Koperal Udara Ayob Sidik, 27, ditemui dalam keadaan terikat antara satu sama lain serta berada dalam keadaan sempurna.

``Salah satu daripada mereka dijumpai dalam keadaan terapung manakala seorang lagi berada dalam keadaan tenggelam.

``Pada mulanya kita nampak seorang sahaja tetapi setelah ditarik, kita menjumpai satu lagi mayat,'' katanya ketika ditemui di Jeti Perikanan Tanjung Sedili di sini, hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu itu, lima anggota Paskau hilang manakala seorang terselamat apabila bot yang mereka naiki karam setelah mengalami kerosakan enjin.

Kapten Damian Sebastian terselamat setelah berenang lebih empat jam ke pantai Tanjung Rhu, 9 kilometer dari Jeti Tanjung Leman petang kelmarin.

Dua lagi yang terselamat, Mejar Aundrey Smith dan Sarjan Udara Radzi Abdul Majid pula berjaya sampai ke pantai Pasir Logo setelah berenang sembilan jam dalam keadaan laut bergelora dan cuaca buruk.

Mereka ditemui oleh pasukan Rela dan polis kira-kira pukul 11.49 malam tadi.

Menurut Anuar lagi, lokasi kedua-dua mayat itu ditemui pada kedudukan kira-kira 16 batu nautika ke bahagian selatan dari tempat kejadian bot karam iaitu di perairan Pulau Sibu pagi Ahad lalu.

Beliau memberitahu, pada peringkat awal mayat itu ditemui, pihaknya cuba mendapat bantuan daripada helikopter Nuri untuk mengangkatnya tetapi kaedah itu terpaksa diubah kerana laut terlalu bergelora.

``Kita ambil keputusan untuk mendekatkan kapal (KD Kris) dengan mayat yang terapung dan berjaya membawanya naik,'' kata beliau.

Selepas itu beliau memberitahu, pihaknya mendapat bantuan daripada sebuah bot PA 47 Polis Marin Wilayah Selatan yang diketuai oleh Inspektor Manan Long untuk memimpin laluan ke Jeti Perikanan Tanjung Sedili.

Manan ketika dihubungi memberitahu, kedua-dua mayat yang ditemui oleh KD Kris tiba di Jeti Perikanan Tanjung Sedili pada pukul 10.45 pagi.

Mayat tersebut kemudian dibawa ke padang sebuah sekolah untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke HSA.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Mersing (Pengurusan), Mohamad Toff Maarof berkata, pasukan yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang berada di dalam helikopter itu telah memberikan semangat kepada Saad untuk terus bertahan sebelum diselamatkan.

``Apabila Saad senyum, maka kita mengetahui beliau mempunyai semangat yang kuat dan masih mampu bertahan.

``Bagaimanapun ombak yang kuat menghalang usaha menyelamat menggunakan kapal peronda menyebabkan helikopter Nuri TUDM terpaksa menggunakan tali untuk menarik Saad dari dalam air,'' katanya di sini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.