saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 24/01/2003

Chua tumbang mudah

KEJUTAN berlaku pada hari pertama pusingan akhir Badminton Grand Prix Kebangsaan Proton-Eon 2002 apabila juara bertahan, James Chua tewas kepada pemain kurang ternama, Kuan Beng Hong.

Chua, 24, dibelenggu kecederaan paha kanan yang dialami dalam latihan tiga hari lalu, gagal mempamer aksi sebenar dan tewas mudah 15-2 15-3 dalam perlawanan pertama kumpulan C.

Namun, dia menghidupkan kembali peluangnya untuk ke separuh akhir dengan menundukkan K.Yogendran 15-11, 9-15, 15-11 pada perlawanan berikutnya.

Pemain negara lainnya bagaimanapun tidak berdepan masalah dalam perlawanan kumpulan masing-masing.

Wong Choon menghampiri separuh akhir dengan kemenangan keatas Mohd. Hashim 15-6 15-4 di sebelah pagi dan Allan Tai 15-6, 15-7 pada perlawanan kedua. Manakala Ismail Saman menundukkan K. Yogendran 15-5 15-8 dan kemudiannya Kuan Beng Hong 15-6, 15-2 dalam kumpulan C.

Dalam Kumpulan A, Yeoh Kay Bin dari Perak kelihatan unggul dengan dua kemenangan berturut-turut setelah mengalahkan Ong Huck Lee 15-8, 15-4.

Sementara dalam kumpulan B, Sairul Amar Ayob mendapat sedikit tentangan sebelum menang dalam perlawanan tiga set keatas Choo Gee Chang 15-8, 12-15, 15-2.

Pada sebelah malam, dia menyingkirkan Nazree Latifi dengan keputusan 15-8, 15-7.

Bagi acara beregu, pasangan utama negara Chan Chong Ming/Chew Choon Eng menundukkan Ong Soon Hock/Jack Koh 15-3 15-4, sebelum mengalahkan Lin Woon Fui dan Zakry Latif 15-7,15-7 dalam kumpulan E.

Kejohanan yang bermula semalam akan berlangsung hingga Ahad ini dan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM84,000.

Kecederaan James menimbulkan persoalan sama ada pemain itu mampu menggalas cabaran negara ke kejohanan Seluruh England dari 11 hingga 16 Februari depan.

Bagaimanapun, James menolak semua keraguan tentang kecergasannya dan yakin mampu pulih sebelum kejohanan bermula.

``Saya harap dapat segera pulih dalam masa terdekat untuk menyertai kejohanan Seluruh England. Ia antara kejohanan penting bagi saya tahun ini,'' ujar pemain yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Selain Chua, lima lagi pemain yang akan mewakili negara ke kejohanan tersebut ialah Wong Choong Hann, Lee Tsuen Seng, Muhammad Roslin Hashim, Muhammad Hafiz Hashim dan Yong Hock Kin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.