saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/01/2003

Firdaus hargai warga kampus

KUMPULAN Firdaus cuba melakukan kelainan apabila album ketiganya berjudul Cinta dan Harapan dilancarkan di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan baru-baru ini.

Majlis pelancaran ringkas oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri itu berlangsung di hadapan kira-kira 1,000 pelajar di Konkos Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM, Sintok, Kedah. Acara tersebut merupakan pelancaran kali kedua dilakukan oleh Kumpulan Firdaus selepas pelancaran kali pertamanya di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, 27 Disember lalu.

Menurut Pengurus Promosi Suria Records Sdn. Bhd., Mohd. Bahanordin Deraman atau lebih dikenali sebagai Bard, pelancaran di UUM tersebut cukup simbolik kerana ia dilancarkan di tempat kumpulan itu dilahirkan.

``Ini adalah cara terbaik bagi mereka mengucapkan terima kasih kepada warga kampus terutamanya pihak kepimpinan yang selama ini banyak menyokong kejayaan mereka,'' katanya.

Kumpulan Firdaus dianggotai oleh empat anak muda terdiri daripada Mohd. Ismandi Wasli, 24, Mohd. Idzwan Yaakub, 25, Mohd. Rasul Mohd. Nor, 25 dan Mohd. Tarmidi Mohli, 26. Mereka masih menuntut UUM di peringkat sarjana.

Album Cinta dan Harapan yang telah berada di pasaran dua bulan lalu menonjolkan konsep yang dikatakan lebih progresif dan terbuka. Malah, ia cuba lari dari kepompong identiti lagu nasyid terutama dari segi susunan muzik dan melodinya.

Berkonsepkan pop nasyid, keberanian ini diwujudkan bukan atas dasar untuk meluaskan khalayak pasaran sahaja tetapi turut menyampaikan mesej berguna kepada kelompok sasaran.

Turut diselitkan dalam album yang lahir selepas Keampunan dan Fisabilillah ini ialah menggandingkan Firdaus dengan Tomok menerusi lagu berjudul Cermin Duniawi.

Nama-nama seperti Ajai, Along dan Ujang daripada Kumpulan Exists, Alfaa Booty, Isman Nadim dan Mujahid Abdul Wahab selain nama baru, Khairil Azrin dan Trabye adalah antara komposer yang bertanggung jawab melahirkan album ini. Melalui album yang menggabungkan beberapa genre ini, pendengar diharap dapat menerima hasil yang bukan sahaja terbaik tetapi juga sentiasa segar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.