saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 25/01/2003

Ismail masih layak walaupun tewas

PEMAIN kebangsaan, Ismail Saman tewas pada perlawanan terakhir kumpulannya kepada juara bertahan, James Chua tetapi masih berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton-EON Peringkat Akhir 2002 di Dewan Persatuan Badminton Selangor, Kuala Lumpur, semalam.

Ismail, 26, kalah dua permainan terus 7-15, 10-15 kepada Chua dalam perlawanan yang berlanjutan selama 50 minit tetapi tetap muncul juara Kumpulan C mengetepikan Chua dan Kuan Beng Hong setelah kiraan semula dilakukan.

Ismail mempunyai perbezaan permainan empat menang dan dua kalah manakala Chua dan Kuan masing-masing terikat dengan 4-3. Kuan yang menewaskan Chua semalam menduduki tempat kedua kumpulan itu.

Pada pertemuan separuh akhir esok, Ismail akan menentang juara Kumpulan A, Yeoh Kay Bin dari Perak manakala satu lagi pertemuan separuh akhir akan menyaksikan pertarungan di antara pemain nombor satu negara Wong Choong Hann dan Lee Chong Wei.

Chua, 24, yang berasal dari Kuching, bertindak cemerlang mematikan setiap asakan Ismail sekalipun mengalami kecederaan paha kanan tetapi kemenangan itu tidak cukup memberikannya tiket ke separuh akhir sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan.

Wong, yang pernah memenangi Pusingan Akhir Grand Prix Kebangsaan pada 2000, menjuarai Kumpulan D setelah memenangi semua tiga perlawanannya termasuk mengatasi pemain Perak, Salleh Suwandi 15-12, 15-6 pada perlawanan terakhir kumpulan malam ini.

Lee pula mengejutkan pemain pilihan dalam Kumpulan B, Sairul Amar Ayob 17-14, 15-7 dalam masa 35 minit untuk memastikan tempat ke separuh akhir.

Dalam acara beregu lelaki, gandingan nombor satu negara Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng dikejutkan oleh pasangan naib johan tahun lepas Ng Kean Kok dan Jeremy Gan yang bangkit pada permainan terakhir untuk menang 15-13, 9-15, 17-14.

Bagaimanapun, Chan dan Chew tetap menjuarai Kumpulan E setelah kiraan semula manakala Ng dan Gan gagal mengiringi mereka ke separuh akhir.

Penyandang juara Chang Kim Wai dan Hong Chieng Hun turut cemerlang untuk menjuarai Kumpulan F dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan.

Gandingan nombor tiga negara itu mudah menewaskan Gan Teik Chai dan Fairuzizuan Tazari 15-11, 15-9 dalam perlawanan terakhir kumpulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.