saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 27/01/2003

Chong Wei juara baru kebangsaan

PEMAIN remaja kebangsaan, Lee Chong Wei melengkapkan kejutan pada pusingan akhir Grand Prix Badminton Kebangsaan apabila muncul juara perseorangan lelaki di Dewan SBA, Kuala Lumpur semalam lapor NORZIE MOHD. KHASBI.

Lee, 20, muncul pemain kedua termuda merangkul gelaran itu selepas menundukkan pemain senior kebangsaan, Ismail Saman 15-12, 15-7 dalam perlawanan akhir.

Kelmarin, pemain pelapis dari Pulau Pinang itu mengejutkan pemain nombor satu negara dan pilihan pertama, Wong Choong Hann 11-15, 15-14, 15-4 dalam laluan ke akhir.

Ini adalah kemenangan pertama Lee dalam kejohanan senior selepas muncul juara Grand Prix Remaja Kebangsaan bawah 18 tahun, dua tahun lalu.

``Saya bukan saja tidak sangka akan menang, malah tidak pernah terfikir mampu ke perlawanan akhir,'' kata Lee, yang merupakan pemain kedua termuda selepas Misbun Sidek muncul juara pada usia 20 tahun, 1980.

``Ketika mendahului 12-7 (set pertama) saya masih gemuruh dan apabila Ismail berjaya menyamakan kedudukan 12-12 saya rasa saya akan kalah.''

Lee bagaimanapun menang 15-12 set berkenaan dalam perlawanan yang mengambil masa hampir 40 minit, sebelum mencatat kemenangan 15-7 pada set kedua dalam masa kurang 20 minit.

Sementara itu Chang Kim Wai-Hong Chieng Hun terpaksa melepaskan gelaran beregu lelaki selepas kalah kepada pasangan nombor satu negara, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng.

Bekas beregu nombor satu dunia, Chan dan Chew bagaimanapun dipaksa bekerja-keras sebelum menang 15-5, 12-15, 15-1.

Pemain kebangsaan, Wong Mew Choo menebus kekalahannya dalam perlawanan akhir GP Akhir 2001 apabila merangkul gelaran perseorangan wanita. Pemain Selangor itu mudah menewaskan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Ng Mee Fen dari Kuala Lumpur 11-4, 11-1.

Sementara itu Chew menambah koleksi kemenangannya semalam apabila menjuarai gelaran beregu campuran bersama Chin Eei Hui selepas menewaskan Ng Kean Kok-Fong Chew Yen 6-11, 11-8, 11-6. Gelaran beregu wanita yang diadakan sehari lebih awal kelmarin, menjadi milik pasangan Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.

KEPUTUSAN (akhir)

LELAKI perseorangan - Lee Chong Wei (PP) kln Ismail Saman (KL) 15-12, 15-7

Beregu - Chan Chong Meng-Chew Choon Eng (SEL/PP) kln Chang Kim Wai-Hong Chieng Hun (PRK/KED) 15-5, 12-15, 15-1

WANITA perseorangan - Wong Mew Choo (SEL) kln Ng Mee Fen (KL) 11-4, 11-1.

Beregu Campuran - Chew Choon Eng-Chin Eei Hui (PP) kln Ng Kean Kok-Fong Chew Yen (KED) 6-11, 11-8, 11-6

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.