saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/01/2003

AVRIL, SITI - Menang MTV Asia 2003

SITI NURHALIZA.


POPULARITI penyanyi antarabangsa dengan pelbagai paparan berita hangat belum menjanjikan mereka juga menjadi pilihan peminat di benua Asia.

Peminat di Asia semacam mempunyai cita rasa yang tersendiri dalam memilih penyanyi kegemaran mereka.

Anugerah MTV Asia 2003 di Stadium Tertutup Singapura Jumaat lalu membuktikan pemilihan peminat Asia terhadap penyanyi baru.

Penyanyi remaja dari Kanada, Avril Lavigne mengenepikan Jennifer Lopez, Shakira, Kylie Minoque dan Pink apabila memenangi kategori Artis Wanita Pilihan.

Lavigne yang baru memiliki sebuah album turut memenangi Anugerah Artis Baru Pilihan dan Anugerah Stail kerana berjaya memikat peminat dengan gaya yang tersendiri dari segi penampilan dan muzik.

``Saya tidak pernah impikan anugerah semasa mencipta lagu untuk album saya,'' kata penyanyi berusia 18 tahun itu.

Penyanyi berimej rock itu sebaliknya menghasilkan lagu mengikut apa yang dirasakan sesuai dengan imej yang cuba dibawakan menerusi muzik.

Sementara itu, penyanyi Malaysia Siti Nurhaliza mengekalkan pemilihan peminat tahun lalu dengan memenangi anugerah Artis Pilihan Malaysia kali kedua berturut-turut.

Kali ini penyanyi Malaysia yang tercalon termasuk Ella, Liza Hanim, OAG dan Exists.

Turut mengulang anugerah yang sama tahun lalu ialah Stefanie Sun (Singapura), Sammi Cheng (Hong Kong) dan Regine Velasquez (Filipina).

Pemenang-pemenang negara Asia ialah Cokelat (Indonesia), j.t.L (Korea), Jay Chao (Taiwan), D2B (Thailand), A. R. Rahman (India) dan Yu Quan (China).

``Saya berterima kasih kepada peminat yang masih menyokong saya,'' kata Siti mengulas kemenangan berterusannya.

Kemenangan tersebut membuatkan dia akan terus bekerja keras dalam memantapkan lagi dirinya, kata Siti yang akan muncul dengan album baru Mac depan.

Kumpulan Linkin Park memenangi dua anugerah iaitu Artis Rock Pilihan dan Video Pilihan menerusi lagu Pts of Authority.

Penyanyi sensasi Robbie Williams memenangi Anugerah Artis Lelaki Pilihan manakala kumpulan Blue membawa pulang anugerah Artis Pop Pilihan.

Robbie mengenepikan penyanyi popular lain seperti Eminem, Enrique Iglesias, Moby dan Ronan Keating manakala Blue pula menewaskan Westlife, A1, Destiny's Child dan No Doubt.

Turut menerima anugerah ialah pengarah filem Devdas, Sanjay Leela Bansali di atas pemilihan filem itu sebagai Anugerah Filem Asia.

Kumpulan popular dari Taiwan, F4 pula menerima Anugerah Inspirasi.

Majlis anugerah tersebut turut diserikan dengan persembahan Missy Elliott, Robbie Williams, Kris Dayanti, Siti Nurhaliza, Blue, Ella, Palmy dan ramai lagi.

Pelakon Aishwarya Rai turut menyerikan persembahan dengan menyampaikan anugerah. Calon-calon negara Asia turut menyampaikan anugerah. Manakala penyanyi Shaggy dan Coco Lee menjadi pengacara.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MTV ASIA 2003

KATEGORI ANTARABANGSA

* Artis Lelaki Pilihan: Robbie Williams

* Artis Wanita Pilihan: Avril Lavigne

* Artis Pop Pilihan: Blue

* Artis Rock Pilihan: Linkin Park

* Artis Baru Pilihan: Avril Lavigne

* Video Pilihan: Pts of Authority (Linkin Park)

* Anugerah Filem Asia: Devdas

* Anugerah Inspirasi: F4 (Taiwan)

* Anugerah Stail: Avril Lavigne

KATEGORI ASIA

* Artis Pilihan China: Yu Quan

* Artis Pilihan Hong Kong: Sammi Cheng

* Artis Pilihan India: A.R. Rahman

* Artis Pilihan Indonesia: Cokelat

* Artis Pilihan Korea: j.t.L

* Artis Pilihan Malaysia: Siti Nurhaliza

* Artis Pilihan Filipina: Regine Velasquez

* Artis Pilihan Singapura: Stefanie Sun

* Artis Pilihan Taiwan: Jay Chou

* Artis Pilihan Thailand: D2B

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.