saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/02/2003

Artis antarabangsa meriahkan anugerah MTV

Oleh ROSLI MANAH
KEHADIRAN penyanyi dari Barat sebagai tetamu istimewa untuk membuat persembahan di Anugerah MTV Asia 2003 di Singapura minggu lalu menarik perhatian golongan remaja.

Remaja Singapura yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak melepaskan peluang melihat penyanyi pujaan mereka di ruang permaidani merah.

Apabila penyanyi pujaan turun dari limousin dan melangkah ke ruang permaidani merah, kedengaran jerit pekik daripada peminat yang terdiri daripada kalangan remaja. Ada yang menghulurkan gambar dan buku untuk ditandatangani.

Selain kerlipan lampu kamera jurugambar media, peminat juga tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan wajah bintang-bintang dengan kamera sendiri.

Walaupun kepanasan kerana kedudukan Stadium Tertutup Singapura yang menghadap laut, tetapi peminat tetap tidak berganjak.

Penyanyi-penyanyi mula masuk seawal pukul 4.30 petang. Penyanyi rap wanita Missy Elliott antara penyanyi yang awal tiba kerana dia bakal membuka tirai persembahan.

Di tengah jerit pekik peminat penyanyi-penyanyi melangkah masuk. Ada yang meluangkan masa dengan menandatangani autograf dan menjawab pertanyaan pihak media sepanjang langkah ke pintu utama.

Langkah sepanjang permaidani merah juga ibarat pertunjukan fesyen apabila penyanyi-penyanyi khususnya penyanyi wanita ingin menayangkan fesyen pilihan mereka pada malam itu.

Persembahan

Banyak yang melihat perjalanan persembahan malam itu begitu lancar berbanding tahun lalu. Apatah lagi dengan kehadiran banyak nama besar dari Barat. Missy Elliott, Blue, Robbie Williams, Shaggy, Matchbox 20, Atomic Kitten dan Coco Lee turut membuat persembahan.

Aishwarya Rai, Sanjay Leela Bhansali, Anggun, Liza Hanim, Linkin Park, Suede dan banyak lagi turut menyampaikan anugerah.

Penyanyi rap Missy Elliott membuka persembahan dengan lagu popularnya Work It. Mungkin Missy mendapat penajaan Adidas apabila memilih jenama itu semasa di atas pentas. Malah persembahannya berlatarkan zip gergasi.

Missy memilih menamatkan persembahan dengan menaiki beca Singapura. Shaggy dan Coco Lee menghiburkan peminat dengan lagu-lagu mereka sebelum mengambil tugas sebagai pengacara.

Penyanyi dari negara Asia mungkin boleh menjadikan peluang membuat persembahan di sana sebagai tapak untuk memperkenalkan diri ke negara luar yang turut menayangkan majlis anugerah itu.

Siti Nurhaliza dan Ella menjadi wakil Malaysia apabila turut membuat persembahan. Siti dengan lagu terbaru Bukan Cinta Biasa, Ella dan Kyla dari Filipina berduet dengan kumpulan Blue menerusi lagu One Love.

Namun kedua-dua wakil Malaysia tidak begitu menonjol. Siti tidak terserlah kerana memilih lagu yang belum lagi dipasarkan manakala Ella pula ditenggelamkan dek kumpulan Blue.

Siti muncul dalam segmen yang menggabungkan empat ratu pop Asia Kris Dayanti (Indonesia), Stefanie Sun (Singapura) dan Palmy (Thailand).

Kalaulah Siti menyanyikan lagu tradisionalnya persembahan tentu lebih diingati kerana itulah muzik dan lagu yang tidak ada di negara lain.

Penyanyi Singapura Stefanie Sun, bijak apabila memilih konsep tradisional India dalam mempersembahkan sebuah lagu Mandarin. Keunikan muzik lagu itu membuatkan dia terserlah.

Kemenangan calon-calon yang bertanding juga senang diramal dan tiada kejutan kerana penyanyi yang hadir kesemuanya menang anugerah.

Mungkin penyanyi-penyanyi Barat yang datang telah dimaklumkan yang mereka akan terpilih memenangi anugerah yang berdasarkan undian peminat itu.

Sementara itu Siti Nurhaliza (Malaysia) Stefanie Sun (Singapura), Sammi Cheng (Hong Kong) dan Regine Velasquez (Filipina) tidak mengejutkan apabila mengekalkan pemilihan peminat tahun lalu dengan memenangi anugerah Artis Pilihan kali kedua berturut-turut.

Pemenang-pemenang negara Asia ialah Cokelat (Indonesia), j.t.L (Korea), Jay Chou (Taiwan), D2B (Thailand), A. R. Rahman (India) dan Yu Quan (China).

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MTV ASIA 2003

KATEGORI ANTARABANGSA

Artis Lelaki Pilihan: Robbie Williams

Artis Wanita Pilihan: Avril Lavigne

Artis Pop Pilihan: Blue

Artis Rock Pilihan: Linkin Park

Artis Baru Pilihan: Avril Lavigne

Video Pilihan: Points of Authority (Linkin Park)

Anugerah Filem Asia: Devdas

Anugerah Inspirasi : F4 (Taiwan)

Anugerah Stail: Avril Lavigne

KATEGORI ASIA

Artis Pilihan China: Yu Quan

Artis Pilihan Hong Kong: Sammi Cheng

Artis Pilihan India: A.R. Rahman

Artis Pilihan Indonesia: Cokelat

Artis Pilihan Korea: j.t.L

Artis Pilihan Malaysia: Siti Nurhaliza

Artis Pilihan Filipina: Regine Velasquez

Artis Pilihan Singapura: Stefanie Sun

Artis Pilihan Taiwan: Jay Chou

Artis Pilihan Thailand: D2B

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.