saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/02/2003

Semarak Kedamaian lagu tema Aman Malaysia

SEJAK beberapa hari lalu lagu Semarak Kedamaian, ciptaan Hafiz Khamis, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Gombak, Selangor telah berkumandang di corong radio.

Lagu tersebut yang telah dipilih menjadi lagu tema Kempen Aman Malaysia berjaya menarik minat ramai pendengar sehingga ramai yang ingin mengenali penciptanya.

Sebenarnya, lagu tersebut menggabungkan kerja kreatif Hafiz dan pelajar dari Kolej Kediaman ke-7, Universiti Malaya yang bertindak sebagai penulis lirik.

Lagu itu akan didendangkan secara langsung oleh lebih 20 artis semasa Perhimpunan Keamanan Rakyat Malaysia di Stadium Bukit Jalil mulai pukul 5 petang, 23 Februari ini.

Menurut Hafiz, lagu tersebut dicipta sejak sebulan lalu manakala idea untuk mencipta iramanya pula tercetus berdasarkan kepada tema kempen keamanan itu sendiri.

``Saya tidak mengambil masa yang lama untuk cipta lagu tersebut. Semuanya bermula sewaktu saya menghadiri satu majlis makan malam di Universiti Malaya.

``Ada pihak di situ yang mengatakan mereka memerlukan sebuah lagu untuk kempen keamanan, lalu saya cuba menghasilkannya,'' ceritanya yang ditemui selepas majlis pelancaran lagu tema tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tegasnya sebagai warga negara yang menyokong usaha murni Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) itu beliau berharap sumbangannya yang kecil itu dapat membantu membentuk keamanan sejagat.

Lagu yang menyeru orang ramai agar sama-sama berjuang mempertahankan keamanan itu akan didendangkan antaranya oleh Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Erra Fazira, Yusry Kru, Fazley dan Ezlynn.

Hafiz, guru muzik yang mengajar pelajar tingkatan satu dan dua itu berharap lagu ciptaannya itu mampu menyemarakkan semangat cintakan keamanan di kalangan masyarakat seluruh negara.

Selain Hafiz, kumpulan Rabbani juga tidak mahu ketinggalan dalam memperjuangkan kempen Keamanan Malaysia itu.

Bagi tujuan itu, Rabbani menjadikan klip video Setanggi Kasih sebagi saluran untuk menyatakan sokongan mereka. Klip video tersebut juga sudah disiarkan di stesen televisyen.

Antara artis yang akan memeriahkan acara kemuncak kempen Aman Malaysia nanti ialah Siti Nurhaliza, Nurul, Ajai, Zainal Abidin, Ning Baizura, Ella, Hattan, XPDC, Phyne Ballerz, Siti Sarah, Pretty Ugly, Wardah, Elite, X-Factor dan Intan Sarafina.

Sementara pengacara majlis pada malam tersebut ialah Norman KRU, Accapan dan Soo Ai Ling.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.