saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 01/03/2003

Kebaya - Lambang sejarah klasik

Oleh Ruhaidini Abd Kadir
SULAMAN seni kebaya ungu
Dipakai nyonya Pulau Mutiara
Senyum santun mengundah kalbu
Setengah abad sukar dilupa
Demikian serangkap pantun yang pernah diucapkan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang mengungkap keindahan sulaman dan tenunan kebaya nyonya. Kebaya Nyonya merupakan pakaian anggun wanita peranakan Cina dan ia bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu.

Mengikut fakta sejarah, wanita peranakan Cina telah memakai kebaya nyonya sebagai pakaian harian seawal tahun 1930an.

Dengan kebaya panjang atau kebaya labuh bagi wanita yang telah berusia, manakala kebaya singkat atas punggung untuk yang muda, kebaya nyonya menjadi pelengkap penampilan wanita peranakan Cina.

Daripada situlah, fesyen itu telah memutik rasa cinta wanita pelbagai golongan khususnya wanita Melayu terhadap kebaya nyonya.

Merentasi era itu sehingga menjengah abad baru, kebaya nyonya bukan sekadar menjadi warisan generasi Malaysia hari ini bahkan masih menjadi ikutan kepada penggemar fesyen tanah air.

Malah, kebaya nyonya terus menggamit rasa cinta isteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Endon Mahmood.

Meskipun bukan berdarah peranakan Cina, Endon menggemari fesyen itu sejak kecil lagi ekoran beliau sering melihat ibunya memakai kebaya nyonya.

Justeru, dengan rasa cinta, kesungguhan dan penyelidikan sejak 20 tahun lalu, Endon telah melahirkan buku The Nyonya Kebaya: A Showcase of Nyonya Kebayas From the Collection of Datin Seri Endon Mahmood yang dilancarkan November lalu.

Memuja keindahannya yang tidak lekang dek masa, Endon telah membawa koleksi kebaya nyonya dan aksesori milik peribadinya ke pameran The Nyonya Kebaya yang berlangsung di Balai Seni Lukis Negara yang berlangsung dari 23 Februari hingga 27 April ini.

Majlis perasmian pameran itu telah disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali baru-baru ini.

Mempamerkan 160 helai kebaya nyonya berserta aksesori milik peribadi, koleksi Endon berinspirasikan alam sekitar.

Melalui pameran itu, dapat dilihat dari dekat fabriknya berhias sulaman yang halus, bermutu dan eksklusif - identiti kebaya nyonya yang sebenarnya.

Setiap pasang kebaya nyonya milik Endon yang berinspirasikan alam sekitar mewah dengan kuntum bunga-bungaan, buah-buahan dan serangga.

Bagi Endon, kebaya nyonya bukan sekadar pengalaman unik warga Malaysia terutama golongan peranakan Cina.

Lebih jauh daripada itu, beliau amat berharap pameran itu dapat memulihara warisan dan menyambung kewujudan kebaya nyonya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.